Lt Kol Amirzali bin Mazli (Bersara) telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Botol Anggun Sdn Bhd (yang sebelum ini dikenali sebagai A Two Y Glass and Plastic Supplier Sdn Bhd) bermula dari tarikh penubuhan syarikat iaitu pada 19 Nov 2015. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab menubuhkan syarikat dan merupakan pemegang saham utama Botol Anggun Sdn Bhd.  Beliau memulakan kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia sebelum bersara pada tahun 2013 dan menyertai Petronas Carigali Iraq selama tiga tahun. Seterusnya beliau telah memulakan perniagaan membekalkan botol dan bekas kosmetik pada Januari 2016 melalui syarikat Botol Anggun Sdn Bhd.

Lt Kol Amirzali bin Mazli (Bersara), merupakan seorang warganegara Malaysia dan memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1999 dan Diploma Strategik Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif, beliau bertanggungjawab memacu pertumbuhan syarikat untuk menjadi pembekal utama botol dan bekas kosmetik di Malaysia.