
Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan berdedikasi terhadap tugas dan menjawat jawatan sebagai Production Eksekutif. Tugas ini memerlukan pemerhatian yang sangat teliti bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan pengeluaran yang tinggi.
Puan Noraizia merupakan seorang warganegara Malaysia dan telah bekerja di kilang percetakan selama 20 tahun serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percetakan. Ini telah membantu syarikat di dalam memberi nasihat kepada pelanggan mengenai perkhidmatan percetakan atas botol kosmetik yang merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di Botol Anggun.