Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

Pada awalnya, syarikat telah ditubuhkan pada 19 November 2015 atas nama A Two Y Glass and Plastic Supplier Sdn Bhd dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2016 beralamat di No 25 Jalan Balakong Jaya 6, Taman Industri Balakong Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Pada 15 Disember 2017, syarikat telah menukar nama ke Botol Anggun Sdn Bhd bagi menyerlahkan lagi falsafah dan model perniagaan syarikat iaitu membekalkan botol kaca dan plastik yang berkualiti dengan rekabentuk yang menarik dan eksklusif. Ianya juga selari dengan matlamat syarikat untuk membina reputasi dan menjadi pembekal utama kepada pemain industri kosmetik di Malaysia pada masa hadapan. Syarikat juga menyediakan khidmat nasihat percuma dimana syarikat akan membantu pelanggan untuk membuat pilihan botol kaca dan plastik yang bersesuaian dengan produk mereka dengan kuantiti tempahan (Minimum Order Quantity) yang rendah kepada para pelanggan.

matlamat syarikat untuk membina reputasi dan menjadi pembekal utama kepada pemain industri kosmetik di Malaysia pada masa hadapan.

Visi dan Misi

Visi Botol Anggun Sdn Bhd adalah untuk menjadi pembekal utama bekas kosmetik di Malaysia.

Misi Botol Anggun Sdn Bhd adalah untuk menjadi pembekal utama kepada pemain-pemain industri kosmetik tempatan pada tahun 2022 terutamanya kepada syarikat bumiputera

Botol Anggun

Botol-Anggun-Pembekal-Pemborong-Botol-Kosmetik
how can we help you?

Contact us at the Consulting WP office nearest to you or submit a business inquiry online.

Supplier Botol serum dan krim terbaik👍🏿

Ainon Salam
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE