Ingin bercakap dengan salah seorang perunding pembungkusan kami melalui telefon? Sila isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda dengan segera. Anda juga boleh email kami juga.
ANDA OWNER PRODUCT? ATAU OEM PRODUCT FOUNDER?
SEDANG MENCARI PEMBEKAL BOTOL PLASTIK / BEKAS KOSMETIK BUMIPUTRA DENGAN HARGA MURAH?
Sekiranya Ya, anda berada di tempat yang betul.
Dulu kami dikenali sebagai A2Y Glass & Plastic Supplier yang telah membantu lebih daripada 1000 usahawan produk sejak tahun 2015.
Kami adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan jus minuman kesihatan di Selangor dan beroperasi di Taman Industri Balakong Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Aktiviti teras syarikat adalah menyediakan pelbagai pilihan botol kosmetik serta jus minuman yang moden dan elegan untuk meningkatkan ‘value’ produk pelanggan.
Dengan kepakaran syarikat, pelanggan juga boleh mendapat khidmat nasihat tentang pilihan produk yang tepat pada harga yang menarik dengan minima tempahan yang rendah.
Selain itu, bagi tempahan dalam jumlah tertentu, syarikat juga bersedia membekalkan botol plastik, kaca dan pembungusan direka khusus hanya untuk jenama pelanggan (custom made).
Syarikat menawarkan pelbagai bentuk bekas yang dibuat dari kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman.
Ianya merangkumi bekas untuk liquid seperti serum dan toner, krim seperti foundation dan bekas makanan/minuman serta pelbagai lagi pilihan botol dan bekas kosmetik untuk anda pilih.
Semua botol dan bekas kosmetik kami memang eksklusif dan nampak WOW.
Di antara kelebihan kami:
- one stop centre supplier untuk anda mencari pelbagai jenis dan bentuk produk anda
- kami telah menambah lebih daripada 200 jenis botol / bekas kosmetik yang mempunyai rekabentuk yang eksklusif
- kami menerima tempahan kuantiti yang rendah
- pembekal botol / bekas kosmetik Bumiputra TERBESAR di Malaysia
- dan yang paling penting, anda beli sikit pun masih dapat HARGA BORONG !!!