Penandaan Tarikh Luput. Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tarikh luput dan lain-lain penanda tarikh pada produk makanan digunakan untuk menunjukkan hayat penyimpanan (shelf life) produk makanan tersebut. Penanda tarikh juga digunakan pada produk kosmetik dan ubat-ubatan.

Terdapat pelbagai pendekatan terhadap penandaan tarikh dan berbeza di antara negara-negara lain.

Pada tahun 2013, FOMCA dan ahli gabungannya telah membuat pemerhatian di tiga pasaraya (hypermarket) yang popular – untuk menilai sejauh mana penandaan tarik luput pada makanan dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan makanan. Lebih 75 bahan makanan masih dijual walaupun tamat tarikh luput. Pada tahun 2014, akhbar the Star melaporkan bahawa beberapa pasaraya mempunyai bahagian ‘reduce to clear’ dan menjual produk makanan yang sangat hampir tarikh luput. Amalan ini juga didapati dalam kalangan kedai roti dan penjual makanan segar – seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah kaitan tarikh luput kepada pengguna?

Agensi kerajaan yang berkaitan keselamatan makanan dan undang – undang yang berkaitan mempunyai huraian dan keperluan penandaan tarik pada produk makanan demi keselamatan pengguna.

Tarikh luput adalah tempoh masa sesuatu produk makanan berada dalam keadaan yang boleh diterima pengguna – dan biasanya berkaitan dengan aspek keselamatan dan kualiti produk makanan.

Hayat penyimpanan bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan membantu membuat pilihan yang betul berkaitan dengan cara makanan itu dimakan – dimasak, dibuat jeruk,disimpan dalam peti sejuk, dimakan segar dan sebagainya.

Pengguna HARUS membaca label yang sepatutnya mempunyai arahan penyimpanan yang relevan dengan penandaan tarikh pada produk tersebut. Penandaan tarikh juga bantu mengurangkan sisa makanan dan membantu dalam pengagihan dan penyimpanan makanan oleh pengeluar, pegimpor, pengedar, penjual dan lain-lain pihak.

Jenis-jenis penandaan tarikh termasuk:

  • Jual sebelum
  • Baik sebelum
  • Guna sebelum
  • Baik dibeli sebelum
  • Tarikh luput

Sehingga Mac 2014, KKM menyenaraikan 300 produk makanan yang wajib mempunyai penandaan tarikh mengikut Peraturan Makanan 1985. Penandaan tarikh seperti berikut digunakan:

  • Tarikh luput – bermakna SELEPAS tarikh tersebut makanan tersebut tidak sesuai dari segi kualiti (rasa, keterampilan) dan keselamatan.
  • Tarikh minimum durability (ketahanan minimum) – bermakna tarikh sehingga mana makanan tersebut sesuai dari segi kualiti (rasa, keterampilan) dan keselamatan; iaitu Baik Sebelum.

Bagaimanakah KKM memastikan peraturan di atas dipatuhi?

Semasa permerhatian FOMCA yang dirujuk di atas, tauhu yang sudah bertukar warna keperangan telah diletak tarikh luput baru oleh pekerja pasaraya yang ditinjau.

Makanan segar tidak memerlukan penandaan tarikh di bawah Peraturan Makanan 1985.

Bagaimanakah Penandaan Tarikh diTentukan?

Ini adalah tanggungjawab pengeluar makanan. Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan adalah:

  • Keperluan penyimpanan
  • Keperluan pengagihan, dan pengedaran
  • Risiko: bahan kimia, kuman, haiwan perosak dan benda asing
  • Keperluan suhu penyimpanan dan pengedaran

Faktor-faktor di atas adalah antara yang perlu diambil kira semasa sesuatu produk makanan dibangunkan.  Pengeluar harus mengetahui apakah aspek-aspek yang mengancam kualiti dan keselamatan produk tersebut.

Jenis bahan, ramuan dan bahan pembungkus juga diambil kira.



Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE