Mencetak Tarikh Luput

Servis Mencetak Tarikh Luput

Mencetak tarikh luput pada produk adalah salah satu perkara penting yang perlu dipatuhi oleh pemilik produk terutamanya produk makanan bagi memastikan keselamatan pengguna. Agensi kerajaan yang berkaitan keselamatan makanan dan undang – undang yang berkaitan mempunyai huraian dan keperluan penandaan tarikh pada produk makanan demi keselamatan pengguna.

Tarikh luput adalah tempoh masa sesuatu produk makanan berada dalam keadaan yang boleh diterima pengguna – dan biasanya berkaitan dengan aspek keselamatan dan kualiti produk makanan. Maka, seorang pemilik produk tidak boleh abaikan tentang perkara ini, mencetak tarikh luput pada produk anda adalah penting.

Hayat penyimpanan bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan membantu membuat pilihan yang betul berkaitan dengan cara makanan itu dimakan – dimasak, dibuat jeruk,disimpan dalam peti sejuk, dimakan segar dan sebagainya.

Pengguna HARUS membaca label yang sepatutnya mempunyai arahan penyimpanan yang relevan dengan penandaan tarikh pada produk tersebut. Penandaan tarikh juga bantu mengurangkan sisa makanan dan membantu dalam pengagihan dan penyimpanan makanan oleh pengeluar, pegimpor, pengedar, penjual dan lain-lain pihak.

Jenis-jenis penandaan tarikh termasuk:

  • Jual sebelum
  • Baik sebelum
  • Guna sebelum
  • Baik dibeli sebelum
  • Tarikh luput

Sehingga Mac 2014, KKM menyenaraikan 300 produk makanan yang wajib mencetak tarikh luput mengikut Peraturan Makanan 1985. Penandaan tarikh seperti berikut digunakan:

  • Tarikh luput – bermakna SELEPAS tarikh tersebut makanan tersebut tidak sesuai dari segi kualiti (rasa, keterampilan) dan keselamatan.
  • Tarikh minimum durability (ketahanan minimum) – bermakna tarikh sehingga mana makanan tersebut sesuai dari segi kualiti (rasa, keterampilan) dan keselamatan; iaitu Baik Sebelum.

Mencetak Tarikh Luput

 

Servis yang kami tawarkan

Kami mempunyai kepakaran dalam pencetakan tarikh luput pada produk dan memiliki mesin ‘laser printing’ buatan jepun yang moden dan mampu menghasilkan mutu cetakan tarikh luput, nombor batch, nombor NOT KKM, QR Code dan Bar Code yang berkualiti tinggi. Ianya pasti mampu meningkatkan kredibiliti produk anda. Kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda dan memberikan servis terbaik.

Anda boleh hubungi kami dengan klik butang dibawah :-

 Hubungi-Botol-Anggun



Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE