Pembungkusan

Pernah tak anda mengalami masalah dalam proses pembungkusan produk anda? Atau pernah tak anda mengalami masalah dengan pihak pengeluaran berkenaan dengan produk packaging anda yang tak kemas? Atau anda mencari pengilang yang boleh membantu anda dalam proses packaging produk anda? Usah risau lagi.. kami boleh membantu anda.

Bagaimana? Kami mempunyai mesin pembungkusan yang terkini seperti:

  • ‘Filling machine’ yang moden.
  • Thermal printing.
  • Expiry date/QR Code/Bar Code printing.
  • Shrink wrap sealant machine

Jika produk anda masih belum mempunyai pembungkusan yang standard, kami sedia membantu anda dengan khidmat nasihat kami yang PERCUMA. Kami BOLEH BANTU anda kerana kami telah membantu lebih dari 500 usahawan yang berpuas hati mendapat khidmat dari kami.

Kami menawarkan pelbagai pilihan dan kaedah pembungkusan mengikut keperluan dan pilihan pelanggan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan sekiranya pelanggan hanya memerlukan perkhidmatan ini sahaja yang mana pelanggan perlu menghantar produk mereka yang telah siap diproses, botol/bekas, kotak, stiker dan semua keperluan untuk pembungkusan produk mereka. Team production kami akan menguruskan proses pembungkusan seterusnya menggunakan mesin pengisian yang moden serta tenaga kerja mahir sehingga ke tahap produk pelanggan sedia untuk dijual. Selepas proses pembungkusan, pelanggan boleh terus menghantar produk mereka kepada outlet atau stokis/ejen mereka untuk dipasarkan.

Antara Perkhidmatan Pembungkusan yang disediakan adalah pengisian, menampal sticker, melipat kotak, memasukkan produk ke dalam kotak, dan perkhidmatan bungkusan mengecut (shrink wrap).



Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE