Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

latar Belakang syarikat

Profil Syarikat

Sejarah dan Perubahan Nama

Pada awalnya, syarikat telah ditubuhkan pada 19 November 2015 atas nama A Two Y Glass and Plastic Supplier Sdn Bhd dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2016 beralamat di No 25 Jalan Balakong Jaya 6, Taman Industri Balakong Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Pada 15 Disember 2017, syarikat telah menukar nama ke Botol Anggun Sdn Bhd bagi menyerlahkan lagi falsafah dan model perniagaan syarikat iaitu membekalkan botol kaca dan plastik yang berkualiti dengan rekabentuk yang menarik dan eksklusif. Ini juga selari dengan matlamat syarikat untuk membina reputasi dan menjadi pembekal utama kepada pemain industri kosmetik di Malaysia pada masa hadapan.

Perkhidmatan dan Sokongan Pelanggan

Syarikat juga menyediakan khidmat nasihat percuma dimana syarikat akan membantu pelanggan untuk membuat pilihan botol kaca dan plastik yang bersesuaian dengan produk mereka dengan kuantiti tempahan (Minimum Order Quantity) yang rendah kepada para pelanggan.

VISI KAMI

Visi Botol Anggun Sdn Bhd adalah untuk menjadi pusat sehenti untuk pengeluaran produk kosmetik dengan status GMP dan Halal yang merangkumi pengeluaran produk, bekalan botol dan bekas serta pencetakan botol kosmetik di Malaysia.

MISI KAMI

Misi Botol Anggun Sdn Bhd adalah untuk menjadi pembekal utama produk kosmetik tempatan pada tahun 2025.

Matlamat syarikat untuk membina reputasi dan menjadi pembekal utama kepada pemain industri kosmetik di Malaysia pada masa hadapan.

Membantu Usahawan Produk OEM/ODM menghasilkan produk yang setaraf dengan produk antarabangsa dari segi pembungkusan.

Shopping Cart