Seorang pemilik produk pasti inginkan produknya dikenali ramai dan kelihatan setaraf dengan produk antarabangsa. Oleh itu, nak orang kenal mesti kena ada maklumat syarikat pada label produk. Anda ada produk sendiri? dah ada label produk ke belum? kalau anda ada produk dan label sendiri anda wajib baca ini sampai habis. kalau takde pun kena baca jugak hehe. jom ambil tahu..
#1.nama produk pada label produk anda.
Nama ialah salah satu aspek penting yang perlu ada pada sesuatu produk kerana tanpa nama, pengguna tidak dapat mengetahui barangan yang terdapat di pasaran . Dengan adanya nama yang ditampal pada sesuatu produk, pengguna tidak akan terkial-kial mencari barangan yang diingini kerana kebanyakan barangan yang dijual akan dibungkus terlebih dahulu tanpa menampakkan isinya.
#2.tanda harga pada barangan.
Tanda harga yang diletakkan haruslah jelas dan betul. Hal ini penting agar pengguna tidak berasa tertipu apabila mereka membeli sesuatu barangan. Kegunaan tanda harga ialah pengguna dapat membandingkan harga barang di sesebuah kedai dengan kedai yang lain sekaligus dapat menjimatkan wang mereka daripada terbuang begitu sahaja. Kebiasannya syarikat pengeluar produk telah meletakkan harga produk untuk dijual di pasaran pada pembungkus produk mereka. Tetapi biasanya pihak penjual tidak kira peniaga pasaraya ataupun pekedai runcit akan meletakkan tanda harga mereka sendiri samaada mereka mahu menaikkan ataupun menurunkan harga produk yang akan dijual.
#3.tarikh luput pada barangan yang dijual.
Pengguna dapat membezakan antara produk yang tidak boleh digunakan dengan yang masih boleh digunakan. Kebiasaan, tarikh luput akan diletakkan pada produk yang berasaskan makanan. Sekiranya makanan yang telah luput tarikh, kebiasaannya makanan itu akan berubah dari segi warna, rasa dan bau. Tarikh luput amat diperlukan ketika melabel sesuatu produk agar pengguna boleh mengagak tempoh masa untuk menggunakan barangan yang dibeli itu.
#5.bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu barangan.
Pengguna dapat mengetahui ramuan atau bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut terutamanya bahan-bahan yang terdapat dalam makanan. Sepertimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran, umat Islam haram untuk memakan makanan yang tidak halal atau tidak sahih tentang kehalalan makanan itu. Dengan adanya label mengenai senarai bahan yang digunakan, pengguna dapat meneliti terlebih dahulu produk yang akan dibeli dan dapat memastikan bahan yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan yang halal di sisi agama.
#6.kelulusan barangan tersebut.
Logo halal merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada bagi menjadi ahli label sesuatu produk. Hal ini dapat membantu umat Islam memilih makanan untuk dijadikan santapan harian mereka tanpa keraguan. Pengguna juga dapat merujuk sama ada produk tersebut halal ataupun tidak pada label. Hal ini bukan sahaja memudahkan pengguna malah membantu pengguna Islam untuk mendapatkan barangan yang halal serta berkualiti tinggi.
#7.fakta nutrisi
Bahan makanan seharusnya dipaparkan bagi memudahkan pengguna untuk menilai nilai kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut. Pengguna dapat menjaga kesihatan mereka melalui maklumat kandungan bahan yang dipaparkan pada label sepertijumlah kalori, lemak, kolestrol, protein, gula dan banyak lagi. Kandungan gula yang dipaparkan penting bagi pengguna yang menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes. Kandungan lemak, kolestrol dan kalori pula penting bagi pengguna yang mengalami obesiti. Pengguna dapat memilih makanan yang berkhasiat. Bagi mengelakkan penyakit yang tidak diingini daripada terkena pada pengguna, pengguna memerlukan label bagi mengetahui kandungan yang terdapat dalam produk tersebut.
#8.tanda amaran.
Tanda amaran berfungsi untuk menegaskan bahawa setiap barang itu boleh digunakan pada tahap tertentu sahaja. Sebagai contoh produk racun pembunuh serangga. Tanda amaran pada label produk amat penting kerana produk ini mengandungi bahan-bahan yang beracun dan berbahaya. Label yang yang dikeluarkan pada produk mestilah mempunyai simbol-simbol amaran yang menyatakan mengenai produk itu. Simbol-simbol ini hendaklah jelas dan boleh dilihat oleh pengguna. Selain itu, pengeluar produk mestilah menyediakan satu label mengenai cara-cara mengendalikan produk-produk ini. Hal ini kerana dengan adanya label dan panduan yang jelas maka risiko kemalangan dan kecederaan ketika menggunakan produk-produk yang berbahaya dapat dikurangkan.
#9.fungsi-fungsi produk.
Sebagai contoh telefon bimbit. Sudah tentu pengguna ingin tahu perbezaan antara setiap model telefon bimbit. Jadi pada pembungkus setiap telefon bimbit mesti ada label pada produk yang menerangkan mengenai fungsi, aplikasi dan kelebihan sesuatu telefon bimbit. Terdapat satu situasi dimana telefon bimbit yang sama bentuk, saiz, warna tetapi terdapat perbezaan dari segi saiz memori dalamannya. Jadi sudah tentu ini akan memudahkan pengguna untuk memilih telefon bimbit yang akan dibelinya. Pengguna yang ingin membeli barangan berkenaan dengan produk berkenaan pasti yakin untuk membeli produk mereka.
#10.nombor telefon, faks, alamat dan laman web pengeluar yang boleh dihubungi.
Bagi membolehkan pengguna produk mereka memberikan maklumbalas mengenai produk mereka. Maklumbalas yang diberikan oleh pengguna tidak semestinya aduan mengenai produk tetapi kadangkala cadangan yang boleh membantu syarikat pengeluar produk untuk menambahbaik produk dan mengembangkan lagi pasaran produk mereka.
perlukan khidmat nasihat dari pakar?
Anda dalam proses mengeluarkan produk anda sendiri dan ingin mendapatkan khidmat nasihat dari pakar tentang rekaan logo dan pencetakkan label pada botol plastik atau kaca kosmetik anda? Anda boleh hubungi kami di talian :-
Botol Anggun 1 – 016-5565307
Botol Anggun 2 – 019-5245307
Atau terus ke Kilang Botol Kosmetik di Balakong seperti alamat dibawah :-
No 25 Jalan Balakong Jaya 6,
Taman Industri Balakong Jaya,
43300 SERI KEMBANGAN, Selangor
Atau Waze : Botol Anggun Sdn Bhd
——————————————————-
Sumber : @kepenggunaansaitolibrary
Nota : Semua perkara diatas anda boleh mendapatkan khidmat nasihat kami.
Saya atiqah 24 tahun dari perak . Saya ingin keluarkan produk kuah rojak . What app Saya 0174204118