Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

apa itu plastik

Apa Itu Plastik? Ikuti Artikel Ini Untuk Mengetahui Maklumat Lebih Lanjut!

Apa itu plastik? Pernahkah anda tertanya-tanya tentang komposisi kimia plastik atau bagaimana ia dibuat?

Kebanyakan plastik moden adalah berdasarkan bahan kimia organik yang menawarkan pelbagai jenis sifat fizikal kepada pengeluar.

Jadi, di dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat asas mengenai plastik, jenis-jenisnya dan juga kepentingannya di dalam kehidupan pada masa ini.

Maklumat Asas Mengenai Plastik

Penggunaan plastik tidak lagi asing dalam kehidupan seharian kita.

Setiap hari kita menggunakannya; sama ada ketika bershopping, membeli makanan mahupun barangan keperluan.

Meskipun kini penggunaan plastik telah dikurangkan, namun tidak dinafikan ia masih lagi penting.

Hal ini kerana plastik digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan antaranya ialah botol-botol plastik, bekas pakai buang, alat-alat elektronik, dan sebagainya.

Sebagai seorang pengguna, pasti kita dapat merasakan perbezaan pada setiap barangan plastik yang kita pegang.

Sebagai contoh, botol minuman plastik dan botol detergen dihasilkan daripada jenis plastik yang berlainan.

Jisim dan ketebalan daripada kedua-dua barangan tersebut adalah berbeza. Ini berdasarkan jenis cecair, ketumpatan serta fungsinya.

Definisi Plastik

Pernahkah anda dengar perkataan “plastisitas”?

Itulah nama asal plastik yang merujuk kepada keupayaannya untuk berubah bentuk tanpa pecah.

Plastik adalah polimer organik sintetik atau separa sintetik. Ia juga termasuk dalam unsur karbon dan hidrogen.

Kebiasaannya, plastik industri diperbuat daripada petrokimia dan juga polimer organik.

Sifat Plastik

Secara umumnya, penggunaan plastik sering kelihatan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana plastik amat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Selain daripada sifatnya yang ringan, objek plastik seperti botol air, bekas kosmetik, tupperware dan juga cawan membolehkan kita mengisi sesuatu di dalamnya.

Berikut merupakan sifat-sifat plastik:

  1. Tidak mudah pecah apabila terjatuh di atas lantai
  2. Mudah dibentuk
  3. Ringan
  4. Memudahkan kita untuk “membawa” barang.

7 Jenis-jenis Plastik 

Plastik terbahagi kepada 7 jenis-jenis iaitu:

1. Polyethylene Terepthalate (PETE)

Polyethylene Terepthalate PETE

96% daripada botol plastik yang dihasilkan adalah daripada plastik jenis ini, PETE.

Plastik kategori SPI 1 ini kadangkala menyerap bau dan rasa daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya.

Jenis plastik PETE biasanya digunakan sebagai botol air mineral, botol minyak dan botol-botol yang bersifat lutsinar.

Plastik jenis ini tidak digalakkan untuk digunakan lebih daripada sekali.

Artikel berkait

Botol Plastik PET – Fakta

2. High-Density Polyethylene (HDPE)

High-Density Polyethylene HDPE

Plastik jenis ini yang paling banyak dikitar semula. Ia disebabkan sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan suhu rendah. Ia banyak dikitar semula berbanding SPI 1.

Menurut Environmental Protection Agency (EPA), 12% daripada HDPE dikitar semula setiap tahun. HDPE yang pertama telah digunakan sebagai bahan dalam sistem perpaipan.

Plastik ini merupakan plastik polietilena yang mempunyai ketumpatan tinggi dan kebanyakkan digunakan sebagai botol detergen, gel mandian dan barangan kosmetik yang lain.

3. Polyvinyl Chloride (PVC)

Polyvinyl Chloride PVC

Plastik jenis ini dikategori sebagai SP1 3 yang paling sedikit dikitar semula iaitu 1% setiap tahun tetapi sangat popular dalam industri perumahan.

Plastik PVC digunakan sebagai paip plastik, lantai dan seumpamanya.

PVC dikenali sebagai plastik toksik disebabkan ia mempunyai pelbagai toksin yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

4. Low-Density Polyethylene (LDPE) 

Low-Density Polyethylene LDPE

Dalam industri pembuatan plastik, sebanyak 56% daripada jumlah plastik terhasil daripada jenis LDPE.

Plastik jenis ini juga tidak seharusnya digunakan kembali.

Antara contohnya adalah seperti beg membeli-belah, beg plastik, bekas makanan dan bekas pakai buang.

5. Polypropylene (PP)

PP merupakan jenis plastik kedua tertinggi yang digunakan secara keseluruhannya. Ia merupakan antara termoplastik yang paling mudah lentur.

Plastik PP bersifat fleksibel, tahan haba, tahan asid, dan murah. Antara produk yang menggunakan plastik ini adalah peralatan makmal, bekas makanan, dan barang-barang ganti automotif.

Jenama popular, Tupperware menggunakan plastik jenis PP yang dapat digunakan berkali-kali kerana sifatnya yang tahan lama dan sesuai untuk mengisi makanan dan minuman.

6. Polystyrene or Styrofoam (PS)

Polystyrene atau Styrofoam

PS bersifat ringan dan senang dibentuk. Memandangkan ia senang dileraikan, PS memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan juga hidupan lain.

Mengapa begitu?

Ini kerana ia mengancam lebih banyak hidupan laut kerana mudah dijumpai di kawasan pantai disebabkan sifatnya yang sesuai sebagai bekas makanan pakai buang.

Bahan ini didapati memberi kesan kepada kesihatan otak, sistem reproduksi, gangguan sistem saraf dan sebagainya.

7. Miscellaneous Plastics

Ini adalah kategori plastik jenis lain yang digunakan seperti polycarbonate, polylactide, acrylic, acrylonitrile butadiene, styrene, fiberglass dan nylon. 

Kebanyakan plastik jenis ini digunakan sebagai barangan harian di rumah dan alat-alat elektronik.

Kegunaan Plastik Dalam Kehidupan Seharian

1. Plastik dalam Pengangkutan

apa itu plastik

Pernah tak anda terfikir masa dalam perjalanan tentang bahan yang digunakan untuk membuat tempat duduk dalam kereta atau ETS?

Plastik digunakan dengan meluas dalam kereta api, pesawat, kereta, kapal, satelit dan stesen angkasa.

Malah, skateboards dan basikal juga diperbuat daripada plastik.

Apa sahaja mod pengangkutan yang anda pilih, anda akan mendapati plastik digunakan secara meluas, contohnya:

  • Tempat duduk
  • Paneling
  • Lampiran instrumen

2. Plastik di Rumah

Cuba lihat perabot di rumah anda. Anda akan perasan terdapat peratusan besar plastik pada televisyen, kabinet, pembersih vakum, kipas dan sebagainya.

Lihat di dapur pula. Anda mungkin mempunyai kerusi plastik atau kerusi bar tempat duduk, botol-botol air yang diperbuat daripada plastik.

Belum masuk lagi bab bilik air dan bilik tidur anda. Kebanyakkan barang-barang kosmetik dan skin care diperbuat daripada plastik.

Ini bertujuan untuk memastikan haba tidak mudah terperangkap di dalam barang-barang tersebut.

Memang banyak dan meluas penggunaan plastik tanpa anda sedar sebenarnya!

3. Plastik dalam Industri Makanan

beg plastik

Industri makanan dan minuman juga merupakan salah satu dari sektor industri yang banyak menggunakan plastik untuk menghasilkan produk-produknya.

Buka peti sejuk anda.

Makanan di dalam peti sejuk anda mungkin dibalut dengan PVC cling film, yogurt anda mungkin dalam tiub plastik, dan keju dalam bungkusan plastik.

Untuk minuman tin pula, anda akan mendapati bahawa bahagian dalam kaleng sering dilapisi dengan polimer plastik.

Justeru, dapat dilihat penggunaan plastik dapat memberi manfaat tetapi penggunaan yang berleluasa seharusnya dikawal dan diuruskan dengan bijak dan efektif.

Pengetahuan berkenaan plastik dan penggunaannya patut didedahkan kepada pengguna supaya mereka cakna dalam mencari alternatif lain atau mengawal penggunaannya.

Anda ada soalan berkaitan plastik? Ingin mencari pembekal bekas plastik? Botol Anggun lah yang anda cari selama ini!

Di Botol Anggun Sdn Bhd, kami membekalkan bekas kaca dan plastik kepada para pengusaha industri kosmetik dan makanan atau minuman fungsional.

Bukan itu sahaja kami juga menawarkan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services).

Nak kami uruskan packaging produk anda? Klik saja pada pautan di bawah ini:

Saya Nak Tahu Lebih Lanjut Berkenaan Botol Anggun!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart