Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

Jenis Bahan Kitar Semula

Jenis Bahan Kitar Semula Yang Semakin Dilupakan

Kitar semula merujuk kepada proses menukar bahan buangan menjadi objek yang baharu.

Ia bergantung kepada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat asli barangan tersebut.

Kebaikan aktiviti ini adalah dapat mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara, pencemaran air dan  juga pengeluaran gas rumah hijau.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa bahan yang tidak boleh dikitar semula?

Jadi, di dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa info penting mengenai kitar semula.

Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jenis Bahan Yang Boleh Dikitar Semula

  •  Kertas
Kertas kitar semula

Kertas antara bahan yang boleh dikitar semula. Ini termasuk semua jenis kertas sama ada yang berwarna atau tidak berwarna.

Sebagai contoh surat khabar, majalah. buku-buku, kalender, risalah, dan juga sampul surat.

Jika anda ingin recycle kertas-kertas ini, anda dikehendaki memasukkannya ke dalam tong sampah yang berwarna biru.

  • Kaca 
Kaca kitar semula

Semua jenis kaca termasuklah bekas makanan, botol minuman, botol supplemen dan botol-botol ubatan.

Seeloknya, kaca yang ingin dikitar semula perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Pastikan tiada kotoran pada penutup botol berkaca, pada bahagian dalaman, sekeliling objek dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu memastikan barangan kaca tersebut berada dalam keadaan yang selamat untuk dipegang.

  •    Plastik
Plastik kitar semula

Seterusnya, bahan yang boleh dikitar semula ialah plastik.

Bahan-bahan plastik seperti beg plastik, botol minuman, botol air mineral, dan juga bekas makanan mestilah dimasukkan ke dalam tong sampah berwarna jingga.

Langkah yang terbaik bagi mengitar semula bahan plastik ini adalah dengan mengasingkan bahan tersebut mengikut jenis-jenis plastik.

  • Logam

Logam adalah sejenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin- tin minuman yang boleh dikitar semula.

Buat pengetahuan anda, sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Bagi bahan-bahan berlogam, ia mesti dimasukkan ke dalam tong berwarna jingga sama seperti plastik.

Artikel berkait

Apa Itu Plastik? Ikuti Artikel Ini Untuk Mengetahui Maklumat Lebih Lanjut!

Langkah Kitar Semula Yang Betul

Meskipun kitar semula merupakan amalan yang baik, ramai orang masih tidak tahu beberapa langkah kitar semula yang betul.

Perkara ini amat penting kerana ia bukan sahaja memudahkan proses kitar semula tersebut.

Ia juga dapat dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku kecederaan.

Berikut merupakan langkah-langkah kitar semula yang perlu anda tahu:

  • Kenalpasti Produk

Jika anda hendak membeli produk di pasar raya, seeloknya anda membeli produk yang boleh dikitar semula.

Dengan ini, anda boleh kitar semula bahan-bahan tersebut setelah sudah digunakan.

  • Produk Yang Selamat

Elakkan daripada membeli produk yang mengandungi bahan berbahaya.

Hal ini kerana bahan berbahaya akan menyebabkan produk tersebut sukar untuk dikitar semula.

  • Kitar Semula Mengikut Jenis Bahan

Langkah seterusnya adalah mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula mengikut jenisnya.

Sebagai contoh, barangan berkaca perlulah berasingan daripada barang-barang plastik.

  • Pusat Pengumpulan
Pusat pengumpulan

Antara usaha lain yang anda boleh lakukan ialah anda perlu mengambil tahu pusat pengumpulan bahan kitar semula yang berdekatan.

Dengan ini, anda tidak perlu mengumpul bahan-bahan tersebut untuk tempoh yang lama di rumah.

Pengumpulan bahan-bahan kitar semula bukan sahaja menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Malah, serangga kecil, contohnya, lipas akan berkerumun di tempat pengumpulan itu.

3 Kebaikan Amalan Kitar Semula

Amalan kitar semula mendatangkan banyak kebaikan kepada hidupan liar dan juga ekosistem.

Pada bahagian ini, kami akan menyenaraikan 3 kebaikan mengamalkan kitar semula:

  • Memulihara Hidupan Liar dan Ekosistem
Kitar semula

Apabila kita kerap melakukan kitar semula produk-produk yang terpakai, sebenarnya kita telah “menyelamatkan” ekosistem.

Ekosistem ini terdiri daripada hidupan lain seperti haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanakah aktiviti kitar semula dapat menyeimbangkan ekosistem semula jadi?

Seperti yang kita tahu, penggunaan kertas tidak lagi asing di dunia serba moden ini.

Tetapi, dengan menerapkan aktiviti kitar semula. penebangan pokok boleh dikurangkan.

Dengan ini, hidupan semula jadi dan ekosistem di dalam hutan akan sentiasa dipelihara.

Keseimbangan antara kedua-dua ini amat penting bagi memastikan hidupan seperti haiwan liar dan tumbuhan semula jadi tidak mengalami kepupusan.

  • Mengurangkan Kos Sisa Pelupusan

Selain daripada mengitar semula barangan yang terpakai, tahukah anda bahawa makanan juga boleh di “kitar semula”?

Kita boleh menjadikannya sebagai baja composed untuk tanaman di halaman rumah. Di samping itu, kos penyelenggaraan tapak pelupusan akan menjadi minimum.

Hal ini terjadi apabila aktiviti mengitar semula dilakukan secara kerap. 

  • Penjanaan Semula Sumber Semulajadi

Salah satu sebab utama aktiviti kitar semula perlu dibuat secara kerap adalah untuk memulihara sumber alam semulajadi.

Sebagai contoh, aktiviti penebangan hutan dapat dikurangkan apabila majoriti rakyat di Malaysia melakukan kitar semula.

Baca juga

Supplier Botol Plastik Terbaik Untuk Produk Anda

Bahan Yang Tidak Boleh Dikitar Semula

Berikut merupakan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula: 

  • Styrofoam

Styrofoam adalah sejenis plastik ringan yang lebih dikenali sebagai polystyrene.

Kebiasaannya, styrofoam digunakan untuk membungkus makanan atau bahan mentah di gerai dan pasaraya.

Bekas styrofoam yang kotor atau mempunyai kesan ini tidak lagi boleh dikitar semula. 

  • Kaca pecah

Bahan-bahan berkaca yang sudah pecah tidak lagi boleh dikitar semula.

Malah, anda digalakkan untuk mengasingkan serta membalut bahan-bahan ini ke dalam plastik yang berasingan.

Tujuan membalut bahan berkaca adalah untuk mengelakkan terjadinya kecederaan kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Secara kesimpulannya, amalan kitar semula adalah sangat baik bagi memastikan kesejahteraan hidupan liar dan ekosistem di negara kita.

Oleh itu, sebagai pengguna yang berhemah, anda perlu mengambil tahu bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Ini dapat menjimatkan masa anda di samping mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

Walaupun kami merupakan pembekal barangan plastik di Botol Anggun, kami juga ingin menggalakan anda untuk melakukan kitar semula.

Salah satu keutamaan sebelum mengitar semula barangan plastik adalah dengan memastikan ia bersih daripada kotoran.

Selain itu, buat anda yang mencari pembekal bekas plastik dan kaca yang berkualiti, anda boleh dapatkannya daripada kami.

Di Botol Anggun, kami terkenal sebagai pembekal bekas plastik dan kaca terutamanya dalam kalangan pengusaha kosmetik dan food and beverage (F&B).

Sekiranya anda ingin tahu perkhidmatan kami dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi kami dengan menekan klik pada pautan di bawah.

Hubungi Botol Anggun Sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart