Kilang OEM adalah tempat terbaik bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan produk sendiri. Berikut adalah beberapa kriteria pemilihan kilang produk sendiri untuk panduan anda.
Sedang mencari kilang untuk menghasilkan produk sendiri? Sama ada anda baru sahaja bermula di dalam perniagaan atau sudah lama, kilang OEM adalah amalan biasa bagi usahawan yang ingin menghasilkan produk sendiri.
Menghasilkan produk jenama sendiri pada peringkat awal adalah sangat mencabar.
Ini kerana terdapat pelbagai perkara perlu dilakukan sebelum produk dihasilkan.
Ramai yang sudah mencuba, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya menjadi jutawan produk.
Oleh itu, perancangan awal perlu ada supaya perniagaan anda dapat bermula dengan jayanya.
4 Faktor Pemilihan Kilang
Kriteria pertama yang perlu diambil kira dalam pemilihan kilang OEM adalah:
- Dalami ilmu tentang berurusan dengan pihak pengilang.
Bagi sesiapa yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan, pasti setuju jika ada orang yang mahu mengambil kesempatan.
Perkataan jujur perlu diambil kira di dalam dunia perniagaan.
Dengan adanya sifat jujur, maka urusan perniagaan dapat dijalankan dengan baik.
Oleh itu, cuba cari dan dapatkan pihak pengilang yang sentiasa mengamalkan konsep kejujuran di dalam setiap urusan.
Ilmu pengetahuan ini penting untuk mereka yang pertama kali ingin menghasilkan produk jenama sendiri.
Kriteria kedua yang perlu diketahui:
- Dapatkan kilang OEM yang boleh membantu anda dalam bahagian pemasaran.
Tanpa pemasaran, produk anda tidak akan dapat perhatian pengguna.
Cuba wujudkan situasi win-win situation di antara pihak pengilang dan pihak syarikat anda.
Ini kerana ianya dapat membantu meningkatkan hasil jualan anda dengan berkesan.
Sebagai kilang yang proaktif, mereka akan membantu dari segi pemasaran untuk membolehkan produk anda laris.
Untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, anda perlu memilih kilang OEM yang menggunakan bahan-bahan mentah terbaik dan terhindar daripada bahan yang merbahaya.
Hal ini kerana, isu produk yang menggunakan bahan terlarang seperti merkuri sedang hangat diperkatakan di internet.
Apabila perkara seperti ini berlaku, ramai yang akan menuding jari kepada syarikat anda, bukannya kepada pihak pengilang.
Sebaik-baiknya, carilah pihak pengilang yang menggunakan bahan- bahan organik dan semula jadi.
Kriteria ketiga
- Pilih kilang yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini merupakan kaedah untuk mengetahui sama ada pihak pengilang tidak menggunakan bahan-bahan yang terlarang di dalam penghasilan produk.
Ini dapat memastikan produk anda selamat digunakan oleh pengguna.
Kriteria keempat
- Seperti yang kita sudah sedia maklum, rakyat Malaysia amat menitikberatkan isu halal terhadap produk di pasaran.
Ada sebilangan pihak pengilang yang mengikut piawaian yang dikenakan oleh pihak kerajaan untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM khususnya.
Jadi, pilihlah kilang OEM yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM ataupun daripada mana-mana badan kerajaan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sijil halal di Malaysia.
Dengan cara sebegini, anda akan berasa lebih yakin dengan produk yang akan dikeluarkan nanti.
Kini anda telah ketahui cara bagaimana untuk memilih kilang OEM di Malaysia.
Selagi anda mengikut langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas, anda bebas untuk memilih mana-mana kilang yang anda suka. Semoga perniagaan anda berjaya di masa akan datang.
Klik sini untuk mengetahui senarai perkhidmatan Botol Anggun
Saya sedang merancang utk buat produk sendiri..saperti sabun basuh body soap..sabun mandi ketul.shampoo..
Hai, saya nak bertanya berapa kos/modal untuk buat lipmatte sendiri.