Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

pembungkusan produk

Kenapa Pembungkusan Produk Penting Untuk Bisnes

Aspek pembungkusan produk yang baik boleh menjadi penentu kejayaan atau kegagalan jualan produk. Berikut adalah beberapa kepentingan pembungkusan produk dalam perniagaan.

Kebanyakan pemilik produk beranggapan produk adalah penting, namun sebenarnya pembungkusan produk memainkan peranan penting di dalam kejayaan dan kegagalan jualan sesuatu produk. Ianya dapat menarik perhatian pelanggan jika produk dibungkus dengan menarik.

Ramai yang beranggapan bahawa pembungkusan produk merupakan satu bahagian sampingan sahaja,

Namun pada hakikatnya, ianya merupakan satu perkara yang penting di dalam pelan perniagaan.

Ini kerana ia dapat memberikan impak besar dalam penjualan produk di dalam pasaran.

Kebanyakan produk mempunyai kaedah pembungkusannya yang tersendiri.

Sebagai contoh, makanan berbentuk cecair perlu dibungkus di dalam bekas bersesuaian, manakala buah-buahan pula perlu dibungkus dengan baik semasa masa penghantaran.

Kelebihan Pembungkusan Yang Menarik

 

rekaan produk yang menarik

 

Pelbagai jenis pembungkusan yang terdapat di pasaran.

Di antaranya adalah:

  • zip lock
  • botol plastik
  • beg rata
  • tiub layflat
  • beg kertas dan
  • filem plastik.

 

Pembungkusan direka khas mengikut citarasa pengeluar. Kesesuaian produk yang dikeluarkan perlu mengambil kira kos.

Selain itu, pembungkusan dapat memberikan perbezaan tarikan bagi setiap produk yang dihasilkan.

Ia juga memberikan kelainan berbanding produk-produk lain.

Selain itu, anda juga boleh memikirkan beberapa faktor lain dalam cara pembungkusan produk kerana ianya adalah peranan penting di dalam memberikan maklumat berkenaan dengan produk.

Pada luar produk, biasanya akan dinyatakan cara-cara menggunakan produk atau membuat produk tersebut.

Disebabkan itu, ianya dapat memberikan informasi kepada pelanggan berkaitan dengan produk anda.

Apa yang pasti, cara ini dapat membezakan antara satu jenama produk dengan jenama produk yang lain.

Ianya membantu pelanggan untuk mengenali produk tertentu berbanding dengan produk-produk yang lain.

 

Faktor Packaging Yang Menarik

 

label pembungkusan produk

 

Jika kita lihat dari segi teori dalam bidang pemasaran, faktor pembungkusan produk terlibat di antara 4 faktor utama di dalam ‘marketing mix’ iaitu ‘product, promotion, price, place’.

Jadi, jika di dalam ruang litup produk anda abaikan faktor pembungkusan, maka strategi pemasaran anda tidak begitu sempurna sebenarnya.

Tambahan informasi, berikut merupakan antara beberapa faktor yang boleh diikuti di dalam pelan pemasaran anda supaya produk anda kelihatan lebih unggul di dalam pasaran berbanding produk – produk yang lain.

 

  1. Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.
  2. Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal dan sebagainya). 
  3. Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.
  4. Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan seperti bahan, saiz dan bentuk.

 

Jadi, rancang sehabis baik berkenaan dengan reka bentuk dan idea pembungkusan bagi produk.

Bagi anda yang baru menceburi dunia perniagaaan, aspek pembungkusan produk perlu diketahui sedalam-dalamnya supaya dapat mempromosikan jenama syarikat anda.

 

Klik sini untuk mengetahui perkhidmatan pembungkusan Botol Anggun 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart