Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
botol plastik

Rupa-Rupanya Ada Banyak Jenis Botol Plastik Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda, botol plastik yang sering anda gunakan diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza?

Sebagai contoh, bahan yang terkandung dalam botol plastik yang digunakan untuk mengisi minyak masak adalah berbeza dengan bahan di dalam botol susu.

Terdapat pelbagai produk yang diisi di dalam botol atau bekas plastik. Jika anda perasan, setiap botol ini mempunyai simbol segi tiga serta mempunyai nombor di tengah-tengah.

 

 

Kod atau nombor yang terdapat pada botol itu merujuk kepada jenis botol yang dikategorikan mengikut bahan pembuatannya.

Selain itu, ia juga merupakan simbol samada bekas plastik itu selamat atau tidak untuk diguna semula.

Anda harus ingat, nombor tersebut bukan melambangkan berapa kali ia boleh diguna semula. Ia sebenarnya kod jenis plastik.

 

7 Jenis Botol Plastik Yang Anda Patut Tahu.

 

Jenis 1: Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE)

 

 

 

Plastik jenis ini diperbuat dari resin polyester yang tahan lama, kuat, dan ringan.

Walaupun botol plastik jenis ini merupakan plastik yang boleh dikitar semula, ia mengandungi karsinogen atau pencetus kanser.

Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan semula plastik jenis ini.

Botol plastik jenis ini sering digunakan untuk pembungkusan makanan, dan minuman.

Ia juga sering dilabel pada botol yang jernih seperti botol air mineral dan air berkarbonat.

 

Jenis 2: High-Density Polyethylene (HDPE)

 

 

Jika dibandingkan dengan PET, plastik jenis ini diperbuat daripada resin yang kuat dan kukuh. Bukan sahaja mudah untuk dikitar semula, ia juga lebih legap dan tahan suhu tinggi.

Namun begitu, anda tidak disarankan untuk menggunakan bekas plastik jenis ini berulang kali.

Ini kerana ia boleh menghasilkan tindak balas kimia yang boleh membahayakan kesihatan.

Botol plastik HDPE sering digunakan sebagai bekas sabun pencuci, botol syampu dan botol susu.

 

Jenis 3: Polyvinyl Chloride (V atau PVC)

 

 

PVC atau vinyl adalah sejenis plastik yang diperbuat daripada polimer thermoplastik. Ia merupakan jenis plastik yang mudah dibentuk namun sukar untuk dikitar semula.

Penggunaan PVC adalah tidak digalakkan kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Ia boleh melepaskan bahan berbahaya dan beracun seperti merkuri dan plumbum. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan tindak balas alahan di kalangan kanak-kanak.

PVC sering digunakan sebab bahan asas pada pembalut plastik, pelampung dan alatan perubatan.

 

Jenis 4: Low-Density Polyethylene (LDPE)

 

 

LDPE adalah jenis plastik yang mudah dihasilkan dan fleksibel. Ia juga tidak menghasilkan tindak balas kimia dan selamat untuk penyimpanan makanan dan minuman.

Namun begitu, terdapat kajian menyatakan bahawa kebanyakan plastik boleh menjejaskan sistem hormon manusia. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan semula plastik jenis ini.

LDPE sering diguna pakai sebagai beg plastik, lapisan dalam kotak minuman dan bekas makanan.

 

Jenis 5: Polypropylene (PP)

 

 

Plastik jenis ini diperbuat daripada polimer termoplastik yang tahan panas dan kukuh. Ia merupakan jenis plastik yang paling selamat untuk diguna semula.

PP adalah berkualiti tinggi serta boleh menghalang kelembapan daripada memasuki ke dalam bekas.

Plastik ini sering digunakan untuk cawan plastik, botol susu bayi, bekas makanan dan juga botol kosmetik.

 

Jenis 6: Polystyrene (PS)

 

 

Polystyrene merupakan plastik yang diperbuat daripada petroleum.

Sering digunakan sebagai bekas makanan dan cawan minuman pakai buang, ia boleh dikategorikan sebagai bahan beracun dan tidak boleh diguna semula.

Jika terdedah pada suhu yang tinggi, ia boleh melepaskan bahan berbahaya yang akan memudaratkan kesihatan.

 

Jenis 7: Lain-lain

 

Terdapat plastik jenis lain yang diperbuat daripada dua atau lebih bahan campuran plastik. Ia mungkin mengandungi bahan beracun kerana bahan asasnya tidak jelas.

Elakkan daripada menggunakan semula botol plastik dari jenis ini. Ia boleh dijumpai pada botol minum olahraga, pembungkus thermos dan bekas cd.

Dengan mengetahui jenis botol plastik dan bahan ia diperbuat, anda boleh memastikan botol dan bekas plastik yang anda gunakan adalah selamat.

Selain itu, anda juga mampu untuk mengelakkan daripada menggunakan bekas atau botol plastik yang boleh membahayakan kesihatan.

Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap barang harian yang digunakan adalah selamat serta menjaga alam sekitar.

Pernahkah anda menggunakan ketujuh-tujuh jenis botol plastik di atas? Share pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

8 thoughts on “Rupa-Rupanya Ada Banyak Jenis Botol Plastik Yang Ramai Tak Tahu”

  1. Assalamualaikum

    Jika sy ada bekas plastik yg sedia ada iaitu sejenis bekas letak topi/cap dari plastik jeni PET.. adakah syarikat ni bleh mengeluarkan spertimana contoh sedia ada.

    Dan adakah ada kadar minimum tempahan.

    Terima kasih

    1. Botol jenis High-Density Polyethylene (HDPE) sesuai untuk isian sabun pencuci seperti clorox, syampu kerana jenis ini diperbuat daripada resin yang kuat dan kukuh serta lebih legap dan tahan suhu tinggi. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp 0165565307 (Puan Siti)

  2. Pingback: 7 Jenis Botol Plastik Yang Ramai Tak Tahu | GFB Food

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart