Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

pembekal botol plastik

Cara Memilih Pembekal Botol Plastik Yang Terbaik

Semakin banyak pembekal botol plastik, semakin banyak produk kosmetik dan kesihatan.

Ianya logik dan benar.

Anda boleh lihat sendiri. Ada pelbagai jenis produk di pasaran dengan bermacam jenis rekaan dan bentuk botol plastik.

Jika anda seorang pengusaha produk OEM atau pengasas produk, anda pasti inginkan botol plastik atau bekas terbaik bagi produk anda.

Anda perlu peka dan mengambil tahu trend semasa.

Oleh itu, sangat penting untuk memilih pembekal botol plastik yang terbaik untuk produk anda.

 

Rekaan dan label yang unik

 

Bagi menarik minat pengguna, rekaan botol produk serta label yang unik adalah sangat penting. Dengan itu, anda perlu memilih pembekal botol plastik yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan khidmat ini. Lebih bagus jika pembekal pilihan anda dapat memberikan nasihat berpandukan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang pembungkusan produk. Rekaan yang menarik, moden serta elegan pasti akan meningkatkan value dan tarikan produk anda

 

Bersesuaian dengan produk yang dihasilkan

 

Ketika memilih pembekal botol plastik, anda harus pastikan rekaan botol atau bekas yang disediakan adalah bersesuaian dengan produk anda. Sebagai contoh, bekas untuk foundation adalah berbeza dengan botol untuk toner. Selain itu, pastikan botol plastik berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan. Botol atau bekas mengandungi produk berfungsi untuk menjamin kebersihan produk, maka penting bagi anda agar bijak membuat pilihan.

 

Botol plastik BPA-free

 

BPA-free bermaksud botol plastik tersebut adalah selamat untuk digunakan dan bebas dari bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Anda perlu pastikan botol plastik yang disediakan oleh pembekal bebas dari BPA. Dengan adanya label BPA-free pada botol produk anda, pastinya dapat menarik minat dan meningkatkan kepercayaan pengguna dalam memastikan kualiti produk terjamin. Malahan, hal ini penting kerana boleh memberi kesan pada kesihatan pengguna.

 

Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Seperti yang anda sedia maklum, setiap produk kosmetik atau produk kesihatan yang dihasilkan wajib mendapat kelulusan dari KKM.

Namun begitu, tahukah anda bahawa penghasilan botol plastik juga perlu diambil kira bagi mendapatkan kelulusan. Oleh itu, pastikan pembekal botol plastik bagi produk anda mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh KKM.


Jika anda gagal mendapatkan kelulusan dari KKM, ia akan memberi kesan pada produk anda. Produk anda akan diragui oleh pengguna lalu mengurangkan value produk anda.

 

Kilang berstatus Good Manufacturing Practise (GMP)

Kilang pembekal botol plastik pilihan anda perlu mempunyai status GMP. Ia bagi memastikan kilang pembekal mematuhi piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan.

Oleh itu, kualiti dan kebersihan botol produk anda dapat dikawal dengan yakin. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan perkara tidak diingini dari berlaku. Sebagai contoh, pencemaran pada produk dapat dielakkan.


Jika kilang pembekal plastik didapati tidak mematuhi panduan GMP Malaysia, lesen pengilang pembekal boleh ditarik balik. Produk kosmetik atau produk kesihatan anda juga boleh dibatalkan pendaftarannya, sekaligus ditarik semula pengiktirafan GMP pada produk anda.


Justeru itu, sebagai pengusaha, anda harus bijak dalam membuat keputusan.

Adalah dinasihatkan agar anda mencari, menyelidik dan memilih pembekal botol plastik yang menepati ciri-ciri di atas.

Ini supaya produk anda lebih diyakini dan dapat membantu ramai pengguna samada dari segi kecantikan mahupun kesihatan.

8 thoughts on “Cara Memilih Pembekal Botol Plastik Yang Terbaik”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart