Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

Maksud Sebenar Simbol-Simbol Pada Bekas Atau Botol Plastik

Terdapat bermacam jenis produk di pasaran, terutama makanan dan minuman yang dibungkus menggunakan bekas plastik. Jika anda lihat dengan teliti, setiap botol plastik mempunyai simbol segi tiga serta mempunyai nombor di tengah-tengah. Ia merupakan lambang guna semula atau recycle, sama ada botol plastik tersebut selamat atau tidak untuk digunakan. Ia juga dikenali sebagai kod plastik, dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry di Amerika. Berdasarkan kod plastik ini, anda boleh membezakan mana satu botol plastik yang berbahaya atau tidak. Oleh itu, sila rujuk dahulu nombor kod plastik sebelum mengguna semula mana-mana botol plastik.

No 1: Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE)

Image result for plastic code

Kod plastik ini selalunya dilabel pada botol yang jernih seperti botol air mineral. Plastik jenis ini disarankan untuk dipakai hanya sekali sahaja dan tidak disyorkan untuk diguna semula. Secara mudah, plastik jenis ini adalah untuk pakai dan buang. Terdapat kajian menunjukkan bahawa bahan kimia beracun boleh terurai jika botol terdedah pada suhu yang tinggi. Bahan kimia tersebut adalah antara pencetus kanser.

No 2: High-Density Polyethylene (HDPE)

Image result for hdpe 2

Plastik jenis ini adalah diperbuat dari petroleum. Ia bersifat keras, legap dan tahan suhu tinggi. Kebiasaannya, ia digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci dan jar botol susu. Bahan plastik ini selamat untuk diguna semula kena ia mampu mencegah tindak balas kimia dari mencemari minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. Namun begitu, tidak disarankan untuk mengguna semula botol plastik dari bahan ini dengan kerap.

No 3: Polyvinyl Chloride (V atau PVC)

Related image

Bahan plastik ini merupakan plastik yang paling sukar untuk dikitar semula. Kebiasaannya, plastik jenis ini dijumpai pada penutup kamar mandi (shower curtain), waterbeds dan pelampung. Plastik jenis ini juga merupakan plastik bertoksik yang perlu dielakkan. Jika berlaku tindak balas antara plastic PVC dengan makanan yang dibalut, ia boleh menyebabkan mudarat pada hormon dan menyebabkan kanser.

No 4: Low-Density Polyethylene (LDPE)

Related image

Seperti HDPE, LDPE juga diperbuat dari petroleum. Plastik jenis ini kebiasaannya digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman, menjadikannya kalis air. Ia sangat tahan kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air. Ia adalah selamat untuk diguna semula untuk penyimpanan makanan atau minuman.

No 5: Polypropylene (PP)

Related image

Polypropylene adalah polimer termoplastik. Plastik jenis ini bersifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu yang tinggi, dan boleh menghalang kelembapan dari memasuki bahan yang diisi di dalamnya. Ia sering digunakan untuk gelas plastik, botol susu bayi dan bekas plastik microwave. Kod plastik ini adalah selamat untuk diguna semula.

No 6: Polystyrene (PS)

Image result for ps 6

Sejenis lagi plastik yang berasaskan petroleum. Ia sering digunakan sebagai bekas makanan Styrofoam, dan cawan minuman pakai buang. Styrene diklasifikasikan sebagai bahan beracun dan boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Pendedahan pada plastik ini boleh mengakibatkan banyak kemudaratan seperti gangguan hormon, neurotoksik, kecacatan genetik dan kesan karsinogenik. Oleh itu, kod plastik ini sangat bahaya, dan tidak selamat untuk diguna semula.

No 7: Other

Related image

Kod plastik ini merujuk pada botol plastik yang bahan asasnya tidak jelas. Ia mungkin mengandungi bahan beracun atau tidak. Plastik jenis ini kebiasaanya boleh dijumpai pada pendawaian elektrik, bekas cd dan botol susu bayi. Elakkan dari mengguna semula botol plastik yang mempunyai kod ini kerana bahan asas plastik tidak diketahui.

Berdasarkan kod plastik yang telah disebutkan, adalah penting bagi pengguna untuk memeriksa terlebih dahulu sebelum mengguna semula botol plastik. Ia adalah salah satu langkah bijak bagi menjaga kesihatan dan keselamatan diri anda.

2 thoughts on “Maksud Sebenar Simbol-Simbol Pada Bekas Atau Botol Plastik”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart