Produk kosmetik digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan penampilan, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga luaran tubuh badan agar berada dalam keadaan yang baik.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan banyak barangan atau produk kosmetik tiruan yang telah dipasarkan di seluruh malaysia , perkara ini amatlah tidak bijak, ianya sekaligus boleh dikenakan hukuman jika disabitkan kesalahan.
Oleh itu sebagai pengusaha produk oem kosmetik anda perlu peka dan ambil tahu tentang kedaan semasa. Pemilihan botol kosmetik yang unik serta label pada botol kosmetik juga memberi peranan yang penting di mana sesuatu bentuk itu boleh memberikan kesan dan ingatan pada pengguna di luar sana.Label yang menarik dan panduan penggunaan pada botol kosmetik juga memberi impak terhadap pengguna serta ianya haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM.
Seterusnya BPA-free juga sangat penting dalam pemilihan botol kosmetik. Dengan adanya label bpa-free, sudah pasti dapat menaikan kepercayaan pengguna dalam memastikan kualiti produk terjamin, sewajar dengan spefikasi kkm bpa-free perlu dititik berat oleh semua pengusaha kosmetik, kerana sekiranya hal ini tidak diambil peduli ia boleh mengakibatkan cancer mahupun maut!
Dalam pada itu, untuk memastikan tiada kerosakan dan kualiti produk terjamin, pengusaha kosmetik haruslah memastikan botol kosmetik itu bersesuaian dengan produk yang hendak dihasilkan. Hal ini kerana ada sesetengah produk yang perlu disimpan di dalam suhu bilik, justeru itu penggunaan botol kosmetik tidak wajar di guna pakai kembali atau bahasa mudahnya recycle.
Sejak dari zaman dahulu, produk kosmetik sudah menjadi teman setia bagi setiap wanita untuk tampil lebih cantik dan menarik. Namun, secara realitinya, produk kosmetik bukan hanya digunakan bagi tujuan kecantikan malahan digunakan setiap hari untuk tujuan kebersihan, perapian dan lain-lain lagi oleh kebanyakan individu tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan latar belakang ekonomi. Seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, pelbagai produk kosmetik telah muncul di pasaran. Sebagai pengusaha, anda seharusnya lebih peka tentang maklumat yang perlu diketahui sebelum memilih sesuatu produk kosmetik untuk dipasarkan
Hal ini membuatkan ramai usahawan kosmetik memburu produk-produk untuk dijual di pasaran
Sedar atau tidak kebanyakan usahawan kosmetik tidak menitik beratkan kualiti yang perlu dijaga dalam memastikan jenama kosmetik supaya kekal dan terjamin
Awas, bagi usahawan-usahawan kosmetik diluar sana tahukah anda bahawa pemilihan botol kosmetik juga adalah kunci utama dalam memastikan kualiti produk dan sekali gus menjamin kestabilan perniagaan anda? Adakah anda usahawan kosmetik menitik beratkan soal ini? Tepuk dada tanya diri
Persoalannya adakah anda pengusaha produk yang bijak untuk memilih? Di sini saya ingin memberikan tips untuk pemilihan botol kosmetik dengan bijak.
Dalam kesibukan mencari produk kosmetik jenama sendiri, ramai yang tidak sedar bahawa betapa pentingnya kelulusan pihak berkuasa malaysia iatu kementerian kesihatan malaysia (KKM), kerana botol kosmetik juga diambil kira bagi meluluskan sesuatu produk itu, dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM, kita perlu mengikut dan melalui piawaian yang telah ditetapkan. Hal ini kerana begitu ramai pengusaha produk kosmetik yang tidak berdaftar berani untuk menjual produk tanpa sah.
Kini, terdapat banyak kilang yang berstatus GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) boleh menghasilkan produk termasuk pemilihan botol kosmetik. Justeru itu kita sebagai pengusaha harusla bijak membuat pilihan seperti mencari , menyelidik dan menghasilkan produk yang terbaik agar dapat membantu ramai pengguna kelihatan lebih cantik dan lebih yakin pada diri.
Saya nak tanya untuk buat cop pada botol perfume..