Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

produk kosmetik yang selamat digunakan

17 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang beberapa produk kosmetik yang selamat digunakan di pasaran.

Sekiranya anda sedang shopping produk kosmetik yang selamat digunakan, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Kenapa Perlu Ada Produk Kecantikan?

Kecantikan cukup sinonim dengan wanita terutama sekali bagi mereka  yang amat menitikberatkan penampilan.

Ada yang bukan saja sanggup ‘melabur’ ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk tampil cantik. Namun sejauh manakah produk yang anda inginkan itu selamat?

Kalau boleh sebelum membeli sebarang produk muka, pastikan anda buat ‘research’ terlebih dulu. Jangan terjerumus membeli produk timbang kilo pula! 

Apa yang penting pastikan produk kecantikkan muka anda selamat.

Mesti tiada bahan berbahaya seperti merkuri kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Sebenarnya banyak produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang mudah didapati di farmasi. Harganya pula mampu dimiliki tidak seperti sesetengah produk timbang kilo yang belum tentu selamat.

Mari kita lihat 17 produk kosmetik yang selamat digunakan di bawah:

1. Cosmoderm

Cosmoderm merupakan produk kecantikan Malaysia yang bukan saja selamat digunakan tetapi harganya cukup berpatutan.

Produk yang diasaskan pada tahun 2001 ini diformulasikan oleh sekumpulan pakar penjagaan kulit dan dermatologis dari Perancis tetapi jangan risau ia mempunyai sijl halal. 

Bahan yang terkandung dalam produk Cosmoderm menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti:

  • vitamin E dari Eropah
  • minyak tea tree dari Australia
  • Co-Enzymen Q-10 dari Jerman dan
  • herba tradisional seperti manjakani dari Malaysia.

  2. Garnier Sakura Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21 

Jika anda menghadapi masalah liang pori terbuka, anda perlu mencuba produk ini.

Ia memiliki ekstrak bunga sakura, vitamin B3 dan Vitamin CG yang dapat membantu menutup liang pori dan memulihkan tona kulit tidak sekata yang sesuai untuk semua jenis kulit. 

3. SK-II Facial Treatment Essence 

Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini menjadi kegilaan wanita Jepun.

Ia menggunakan bahan semulajadi Pitera yang diperkaya dengan vitamin dan mineral.

Ia mampu melembap serta mengembalikan nutrisi pada wajah dan membuatkan kulit anda kelihatan bak kristal.

 4. THE BODY SHOP Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask 

Produk multifungsi daripada The Body Shop boleh digunakan sebagai skrub dan juga masker wajah.

Ia mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur kasar pada produk ini bertindak sebagai ejen pengelupasan (exfoliate) yang dapat menghaluskan wajah.

5. KIEHL’S Ultra Facial Oil-Free Toner 

Penyegar wajah ini bebas pewangi dan paraben ini menjadi pilhan terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak.

Toner bebas alkohol ini tidak akan mengeringkan kulit malah mampu menyerap minyak berlebihan.

6. TONY MOLY Pureness 100 Facial Mask Sheet 

Produk kecantikan ini cukup terkenal di Korea kerana reka bentuk produknya yang pelbagai corak.

Diperbuat daripada 100% kapas lembut, ia sesuai digunakan semua golongan termasuk remaja yang ingin melakukan rawatan penjagaan wajah sendiri.

Masker wajah ini mampu memperbaiki kulit yang rosak dan membuatkan kulit wajah lebih berseri serta bermaya. Selain itu mampu menenangkan, melembap, memperbaiki dan mencerahkan wajah.

7. Cosrx One Step Pimple Clear Pad & Centella Blemish Cream

Cosrx membantu anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat kerana dibuat daripada bahan semulajadi.

Ia juga dapat mengawal minyak berlebihan serta bertindak sebagai ejen pengelupasan yang dapat melegakan kulit.

Bahan aktif yang menembusi liang pori ini dapat mengusir celaan yang tidak diingin dan sekaligus membersih dan mencegah masalah kulit. Hanya dengan satu langkah mudah saja, anda dapat menyingkirkan masalah kulit.

8. Innisfree Blackhead Balm

Balm yang dihasilkan daripada kelompok gunung berapi pulau Jeju ini mampu menyerap kotoran serta minyak dari wajah.

Ia turut menghilangkan bintik hitam dan membuka liang pori supaya kulit sentiasa bersih dan lembap.

  9. Skinfood Royal Honey Propolis Essence

Intipati berkhasiat yang terkandung di dalam produk ini telah dinaiktaraf dengan mengandungi lebih banyak ekstrak propolis.

Mengandungi 63% ekstrak propolis dan 10 % royal jelly. Produk antioksidan ini dapat membantu melembutkan dan menguatkan kulit wajah.

10. HIMALAYA Purifying Neem Face Wash 

Mengandungi kandungan daripada bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit. Sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit kombinasi dan cenderung berjerawat.

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia bersifat anti bakteria agar kulit bebas daripada masalah.

 11. MISSHA Time Revolution Night Repair New Science Activator Borabit Ampoule 

Dengan kandungan Bifida Ferment Lysate (sejenis ragi yang difermentasi) ia bertindak sebagai agen anti-penuaan.

Retinol yang dikenali sebagai Vitamin A menjadikan kulit lebih cerah dan menghapuskan garis halus dengan segera.

12. Klairs Freshly Juiced Vitamin C drop

Serum penjagaan kulit ini mampu memudarkan bintik coklat sekali gus melindungi kulit daripada pigmentasi daripada berlaku.

Produk kosmetik yang selamat digunakan ini juga dapat mengurangkan garis halus, menganjalkan wajah serta mempunyai tahap pH 3.81 yang bebas haruman.

13. Banila Co Clean It Zero

Dengan tahap pH 6.1, penggunaan minyak ester semulajadi ini amat mesra dengan kulit.

Ia selamat digunakan pada semua jenis kulit termasuklah kanak-kanak. Menggunakan ramuan semula jadi the hijau, dapat memperbaiki dan melembutkan wajah.

14. Laneige Water Sleeping Mask & Lip

Diperkaya dengan Vitamin C serta mengandungi rasberri, strawberi, cranberry serta ekstrak blueberi, produk kecantikan ini mampu menyahkan kulit kering, mati dan merawat bibir kering pada waktu malam.

Anda bakal mendapat bibir yang licin dan lembut sebaik bangun dari tidur.


15. Klairs Supple Preparation Toner & Midnight Blue Calming Cream.

Diekstrak daripada minyak chamomile, bahan unik ini membantu di dalam penjagaan kulit wanita Jepun. Telah melalui uji kaji klinikal, produk ini memberikan kesan pemulihan sehingga 89.7%.

Ia juga mampu merawat sehingga 60.6 % untuk masalah eczema dan 86.5% untuk penyakit kulit ulseratif. Dengan kandungan Centella Asiatica Extract, ia mampu pertumbuhan semula kulit rosak serta mencegah parut.

16. ALOE Soothing Night Cream 

Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini mengandungi minyak bijan dan Aloe Vera yang dirumus dengan tekstur lebih pekat.

Sapuan yang betul pada wajah dapat mengekalkan kelembapan serta memulihkan system pertahanan pada kulit.

17. SULWHASOO Gentle Cleansing  Oil EX  

Pencuci wajah daripada bahan semulajadi iaitu benih Coix Lacryma-Jobi, kulit buah limau dan minyak apricot ini dapat mencegah kulit anda dari cela.

Ia berkesan untuk menghapuskan kotoran dan membuang sel kulit mati dan melindungi lapisan kulit.

Demikian adalah 17 produk kosmetik yang selamat digunakan.

Jadi pastikan setiap kali mencari produk penjagaan wajah, periksa terlebih dulu bahan yang terkandung di dalamnya:

Adakah ia selamat digunakan? Bukan apa, ini bagi mengelakkan kesan buruk kepada wajah anda pada jangka masa yang panjang.

################################################

Sekiranya anda ingin mencari design botol serta packaging yang menarik, anda boleh mencuba produk keluaran Botol Anggun Sdn Bhd.

Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang membekalkan botol kaca dan plastik untuk produk kosmetik yang elegen. Kilang mereka beroperasi di Taman Industi Balakong Jaya, Seri Kembangan, Selangor.

Dengan kepakaran syarikat, pelanggan boleh mendapat khidmat nasihat tentang pilihan produk yang tepat pada harga yang menarik dengan minima tempahan yang rendah.

1 thought on “17 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart