Semua yang anda ingin tahu tentang shrink wrap Malaysia ada di sini.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan packaging shrink wrap Malaysia, anda berapa di tempat yang betul.
Teruskan membaca sehingga tamat.
Kenapa Perlu Buat Pembungkusan Produk
Dalam menghasilkan produk, banyak faktor perlu diambil kira. Salah satunya adalah proses pembungkusan produk.
Rekaan botol atau bekas produk memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan produk.
Sebagai pengusaha, anda perlu mengambil kira jenis pembungkusan yang diingini.
Proses pembungkusan produk mempunyai beberapa tahap. Antaranya seperti filling machine dan sealing.
Namun begitu, tahukah anda tentang shrink wrap packaging?
Apa Itu Shrink Wrap Pacaking?
Shrink wrap packaging merupakan proses membalut produk menggunakan plastik.
Ia merupakan filem plastik polimer untuk membalut produk dengan ketat menggunakan haba.
Lapisan plastik ini akan mengecut mengikut bentuk produk, lalu menutup produk dengan rapat.
Packaging ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, ketebalan dan tahap lutsinar yang berbeza, mengikut kesesuaian produk.
Sebagai pengusaha produk, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai teknik packaging ini.
Jenis-jenis shrink wrap machine
Ianya menggunakan haba untuk pembungkusan. Sumber haba tersebut boleh dihasilkan menggunakan heat gun atau melalui shrink tunnel.
Heat gun boleh digunakan bersama beg shrink wrap. Kedua-dua alatan ini boleh digunakan dalam proses pembungkusan produk yang kecil serta mudah diurus.
Bagi produk yang besar atau alatan perindustrian, packaging ini boleh dilakukan menggunakan shrink tunnel. Ia beroperasi pada kelajuan semi automatik atau automatik sepenuhnya.
Kegunaan dalam pembungkusan produk
Terdapat bermacam kegunaan shrink wrap dalam pembungkusan produk. Ia boleh digunakan untuk pembungkusan makanan seperti daging, sayur-sayuran dan keju.
Selain itu, ia juga sering digunakan untuk membalut kotak, produk dalam tin serta minuman, muncung botol minuman dan botol ubat.
Shrink wrapping ini juga digunakan sebagai label produk yang ditampal pada botol atau bekas produk.
Anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menjejaskan imej pada label produk anda. Malah, ia lebih kuat dan tahan lama.
Selain itu, packaging ini juga digunakan dalam bidang perindustrian.
Filem plastik yang dibalut adalah lebih tebal dan kukuh berbanding pembungkusan produk biasa. Ia diperbuat dari polyethylene atau polypropylene.
Ia juga digunakan untuk membalut peralatan elektrik. Ia bagi memastikan alat tersebut tidak tersentuh atau bersambung dengan arus elektrik tanpa sengaja. Anda juga boleh perasan pembungkusan jenis ini pada buku dan CD.
Untuk membalut mesin atau kelengkapan yang besar, tiada yang lebih sesuai berbanding shrink wrapping. Sebagai contoh, terdapat pembungkusan yang direka untuk membalut bot yang tidak digunakan.
Kelebihan pembungkusan shrink wrap
Ianya memberi banyak kelebihan dalam pembungkusan produk yang bukan sahaja mudah dilakukan, malah menawarkan pelbagai kebaikan.
Produk akan lebih dilindungi dengan rapi. Produk tidak cepat rosak atau tercemar dengan benda asing seperti habuk, kotoran atau kelembapan.
Ia juga tidak terdedah dengan cahaya matahari yang boleh merosakkan produk anda
Melindungi botol dari terbuka. Jika ia telah dibuka atau terdedah, ia boleh dikesan dengan cepat. Ini sangat penting bagi pembungkusan ubat-ubatan dan produk farmasi.
Ia bagi memastikan produk tidak tercemar dan dilindungi sepenuhnya agar selamat bagi pengguna.
Proses pembungkusan produk yang murah jika dibandingkan dengan cara pembungkusan lain. Selain itu, ia juga ringan dan mudah untuk dijalankan.
Ternyata, shrink wrap packaging merupakan pilihan yang baik dalam pembungkusan produk.
Namun begitu, anda sebagai pengusaha produk perlu bijak dalam membuat keputusan.
Klik sini untuk mengetahui perkhidmatan pembungkusan Botol AnggunÂ