Tidak semua kilang pembuat botol adalah sama. Terdapat beberapa kriteria untuk memilih pembekal botol plastik yang terbaik.
Packaging merupakan antara salah satu faktor yang membuatkan produk anda berjaya untuk dijual dengan lakunya. Tetapi, tidak semua packaging menarik mampu memberikan kualiti yang terbaik buat produk jenama anda.
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat dalam memilih pembekal botol plastik bagi produk anda.
Botol Anggun merupakan antara pembekal botol plastik di Malaysia yang semakin dikenali. Mereka memastikan produk pengeluaran mereka yang terdiri daripada botol plastik berada di dalam kualiti yang terbaik buat para pelanggan.
Berikut merupakan antara servis yang ditawarkan oleh Botol Anggun untuk anda.
1.Servis khidmat nasihat
Tidak semua pembekal botol plastik memberikan servis perkhidmatan eksklusif buat para pelanggan mereka. Rata-rata yang mencari pembekal botol plastik merupakan peniaga bagi produk. Mereka memerlukan khidmat nasihat tentang packaging produk.
Syarikat Botol Anggun dapat membantu para pengusaha dan peniaga produk ini. Pembekal botol plastik ini bersedia memberikan khidmat nasihat mengenai jenis dan material botol, bekas dan pum yang bersesuaian dengan produk pelanggan.
Mereka juga membantu pelanggan untuk mendapatkan botol atau bekas kosmetik dengan harga yang menarik. Ianya akan lebih memudahkan pelanggan membuat pilihan. Apa yang pasti, khidmat nasihat ini adalah percuma.
2. Membekal botol plastik dan bekas kosmetik
Syarikat Botol Anggun juga menawarkan pelbagai bentuk bekas yang dibuat daripada kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan serta minuman. Ianya terdiri daripada bekas untuk cecair seperti serum dan toner, krim seperti foundation dan bekas makanan/minuman serta pelbagai lagi.
Antara kelebihan yang diberikan adalah anda boleh membuat tempahan bekas dengan kuantiti rendah. Selain itu, syarikat ini menjadi ‘one stop centre’ pembekal botol plastik dengan pelbagai jenis design.
3. Pembungkusan
Pembungkusan yang kemas dan berkualiti tinggi amat penting untuk jenama produk anda.
Jika anda menginginkan pembungkusan yang standard mengikut piawaian terkini, Botol Anggun mampu membantu anda.
Botol Anggun menawarkan pelbagai pilihan dan kaedah pembungkusan mengikut keperluan dan pilihan pelanggan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan sekiranya pelanggan hanya memerlukan perkhidmatan ini sahaja.
Para pelanggan hanya perlu menghantar produk mereka yang telah siap diproses tanpa perlu memikirkan masalah pembungkusan standard kerana ianya boleh diselesaikan di sini.
4. Rekaan logo dan Silk screen printing
Kalau bekas sahaja cantik tidak cukup. Logo pun perlu menarik.
Botol produk yang cantik dan menarik pada bahagian botol produk akan membuatkan produk anda kelihatan lebih eksklusif dan dipercayai.
Di Botol Anggun, anda boleh mendapatkan logo branding anda yang cantik dan menarik di botol plastik produk anda. Ini kerana, sebagai pembekal botol plastik berpengalaman, Botol Anggun mampu menghasilkan packaging menarik setanding dengan packaging antarabangsa.
5. Mencetak tarikh luput
Tarikh luput adalah tempoh masa sesuatu produk makanan boleh digunakan. Biasanya berkaitan dengan aspek keselamatan dan kualiti produk makanan. Pemilik produk sama sekali tidak boleh abaikan aspek penting ini.
Justeru itu, di Botol Anggun anda boleh mencetak tarikh luput produk anda di packaging yang anda hasilkan di Botol Anggun. Di sini, Botol Anggun mempunyai kepakaran dalam pencetakan tarikh luput pada produk.
Bahkan, Botol Anggun juga memiliki mesin ‘laser printing’ buatan Jepun yang moden. Ia mampu menghasilkan mutu cetakan tarikh luput, nombor batch, nombor NOT KKM, QR Code dan Bar Code yang berkualiti tinggi.
Jadi, tiada sebab untuk anda pening kepala memikirkan masalah packaging bagi produk anda.
Anda hanya perlu serahkan segalanya kepada Syarikat Botol Anggun kerana semuanya boleh diselesaikan daripada A hingga ke Z. Sebagai pembekal botol plastik berpengalaman, segala masalah anda dapat diselesaikan.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi mereka . Segala permasalahan serta pertanyaan anda akan dijawab dengan segera daripada pihak kakitangan Botol Anggun sendiri.
Botol untuk sabun cecair..
untuk bape ml ?
Botol plastik minuman 500ml berapa harga? Plain
Salam… Ada bekal botol minuman 500ml?
Botol utk minarel 1.5liter?
Saya mencari botol plastik untuk minuman. Mohon jelaskan kepada saya produk dan perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Botol Anggun.
Hi saya mencari
1-botol plastik air mineral 500ml
2-shrink label botol air mineral