Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

taobao malaysia

Pendedahan Berani Rahsia Borong Dari China Dari Rumah (Taobao Malaysia)

Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang Taobao Malaysia.

Sekiranya anda mahu mengetahui cara borong dari China dengan Taobao Malaysia, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Ramai yang tidak tahu jika hendak borong barangan China tidak semestinya perlu pergi ke China.

Sebenarnya anda juga boleh borong barangan china dari rumah sahaja dan tidak perlu ke sana.

Malah anda juga dapat jimat masa, tiket kapal terbang dan juga penginapan.

Untuk borong barangan dari China, ada pelbagai laman sensawang yang boleh digunakan.

Tapi kali ini saya akan kongsi dengan menggunakan laman TaoBao.com melalui TaoBao Malaysia.

 

Mengapa Taobao Malaysia?

 

Mungkin ini soalan pertama yang akan muncul dalam fikiran anda bila saya sebut TaoBao.com.

Mengapa perlu beli di TaoBao.com dan bukannya Alibaba.com atau Aliexpress.com?

Sebenarnya TaoBao ni milik AliBaba juga termasuklah AliExpress.

Cuma TaoBao Malaysia ini dibina untuk memenuhi segmen pasaran berbeza.

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong BESAR.

Produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah.

Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer).

Di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal.

Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah… ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan.

Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit.

Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com.

Jadi ianya “just nice!”. Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

 

Pengalaman Membuat Urusan Pembelian Barang Borong China Di Taobao Malaysia.

 

Sebenarnya part paling susah dalam memborong dari China ini bukan part mencari barang.

Part paling susah adalah bagaimana hendak membawa balik barangan yang kita sudah borong dan dihantar sehingga di depan rumah?

Pada mulanya saya mengunakan ejen untuk membeli barang dari penjual di Taobao Malaysia.

Ejen ini akan membeli barang bagi pihak saya dari penjual di Taobao jadi ini dapat melicinkan urusan pembelian.

Sedikit caj dikenakan untuk kos pengurusan dan penghantaran.

Pada saya kos masih lagi rendah berbanding saya hendak terbang ke China dan membeli sendiri.

Yang paling best saya membayar dengan mengunakan Maybank2u, menjadikan ia sangat mudah.

Tetapi sekarang saya ada satu lagi cara yang lebih murah tanpa perlu menggunakan ejen.

Anda boleh terus suruh pembekal dari China menghantar barangan yang anda borong ke warehouse shipping company yang menguruskan barangan import dari China ke Malaysia.

Ada terdapat banyak syarikat yang menawarkan service ini.

Tapi saya mencadangkan anda menggunakan servis dari M’FAZ Shipping Cargo yang dimiliki oleh rakyat tempatan dan sudah biasa membawa barangan dari China berkontena sebulan.

Jika anda berminat anda boleh rujuk fanpage beliau di https://www.facebook.com/mfazshippingcargo atau terus hubungi beliau di 0197755307 ( Whatsapp Sini–>  http://mfaz.wasap.my )

Saya menggunakan servis MFAZ ini lagi menjimatkan sebab kita dapat elakkan menggunakan ejen sebagai pengantara dimana akan mengurangkan margin keuntungan kita.

 

 

Bagaimana Hendak Membeli Sebab Website Dalam Bahasa Mandarin?

Haa… ini juga bermasalah sebab website TaoBao adalah dalam bahasa Mandarin.

Mungkin sukar bagi mereka yang tidak tahu.

Tapi sebenarnya zaman sekarang yang serba canggih ni. Ianya bukan halangan.

Anda hanya perlu gunakan web browser Chrome sahaja untuk menukarkan bahasa Mandarin ke English.

Anda hanya perlu right click sahaja di home page TaoBao dan pilih translate to English.

Jadi anda boleh start memborong barangan china.

 


Ada Soalan?

Jika anda ada soalan dan masih tidak faham selok-belok menggunakan laman TaoBao Malaysia ni.

Anda boleh komen di ruangan komen.

Saya cuba bantu menjawab dan saya juga akan update artikel ini jika ramai tanya soalan yang sama.

18 thoughts on “Pendedahan Berani Rahsia Borong Dari China Dari Rumah (Taobao Malaysia)”

  1. Saya nak tnya.kalau kita nak beli brg cth saya nk beli armchair..bila nkbproceed bayaran dia caj 0.5 cubic per meter 280 yuan..Agak2 berbaloi ke kalau nk beli setakat 1 brg je huhu..

  2. Salam. harga satu unit barang dinyatakan dalam iklan di Taobao. Kalau beli borong(banyak), adakah pada harga yang sama? Terima kasih.

  3. Sy tahu cara2 utk beli barang dari Taobao tetapi sy masih takut nak cuba. Risau dengan kastam clearance. Mcm mana ya?

  4. Nur Yuslinda Yusoff

    Boleh tahu mcm mana nak start beli barang dari China & barang apa paling popular. Mohon tunjuk ajar tuan / puan

  5. Salam, macam mana nak kenal pasti penjual di taobao tu elok dan tak menipu, sebab ada org kata banyak penipu di tabao, so ada tak tips atau cara nak cari penjual yang betul?

  6. saya dah register dengan taoboa dan cuba membeli brang dari website tersebut, masalahnya bila web mengarahkan untuk mendaftar alamat shipping, ia dalam bahasa mandarin dan tiada traslation. Bagaimana nak menukar dari mandarin ke english?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart