Awas, Bekas Plastik Dah Tak Selamat

bekas plastik

Ramai yang memperkatakan tentang isu plastik dan alam sekitar. Adalah benar bekas plastik sudah tidak selamat?

Isu penggunaan bekas plastik membahayakan alam sekitar sudah lama diperkatakan di serata dunia. Namun, tidak semua yang mengetahui bahawa bekas plastik mempunyai jenis yang berlainan. Ini bermakna tidak semua jenis plastik membahayakan alam sekitar di sekeliling kita.

Anda mungkin salah seorang daripada pengguna semula botol plastik seperti botol air mineral atau botol jus.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat jenis botol plastik yang berbahaya jika digunakan semula untuk tujuan bekas makanan atau minuman.

Tahukah anda juga ada plastik yang selamat untuk digunakan semula?

Untuk pengetahuan umum, pada setiap botol plastik terdapat lambang kitar semula. Pada bahagian tengahnya diletakkan nombor yang dikenali sebagai kod plastik. Dengan kod plastik ini anda dapat membezakan mana satu botol plastik yang berbahaya dan tidak.

Berikut merupakan antara langkah-langkah penggunaan bekas plastik dalam kehidupan seharian anda:

 

1. Bawa beg eco friendly

Perasan tak jika anda membeli belah di pasaraya seperti di Tesco, Giant mahupun Econsave, pihak pasaraya ada menjual beg eco friendly?

Ini bagi tujuan untuk pengurangan penggunaan beg pastik oleh pengguna. Anda hanya perlu membawa beg tersebut setiap kali anda ingin shopping.

 

2. Tukar straw minuman

Kebanyakan straw terdiri daripada bahan plastik. Tahukah anda plastik straw antara punca kepupusan penyu di laut?

Jadi, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menukar straw anda kepada stainless steel. Ianya telah dijual dengan banyaknya di pasaran sekarang sebagai alternaif kepada straw plastik.

Jadi, setiap kali anda ingin keluar makan bersama rakan mahupun pasangan, jangan lupa untuk membawa sekali straw stainless steel anda. Ianya sebagai salah satu kempen bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian anda.

3. Bawa botol air sendiri

Antara langkah bijak yang boleh diambil oleh kita semua dalam mengurangkan penggunaan bekas plastik ini adalah dengan membawa botol air sendiri daripada rumah. Selain dapat menjaga alam sekitar, ianya juga dapat membantu anda dalam berjimat cermat. 

 

4. Bawa bekas makanan sendiri

Selain botol air sendiri, anda juga digalakkan untuk membawa bekas makanan anda sendiri ke tempat kerja. Tukarkan bekas plastik kepada bekas aluminium yang ringgan dan untuk lebih sihat, anda boleh bekalkan makanan yang sihat ke tempat kerja anda tanpa mengeluarkan wang yang banyak.

 

5. Kitar semula bahan

Jika di luar negara seperti di United Kingdom dan Switzerland, budaya kitar semula amat dititikberatkan.

Kini sudah sampai masanya rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya kitar semula. Anda boleh mengitar semula bahan khususnya bekas plastik, aluminium dan kertas bagi menjaga alam sekitar kita.

 

6. Kenali bekas plastik

Setiap bekas plastik mempunyai kod masing tersendiri dan setiap kod mempunyai makna yang tersendiri.

Anda perlu mengenalpasti bekas plastik anda supaya anda tahu sama ada ianya selamat digunakan ataupun tidak. Anda juga perlu tahu samada ianya perlu dikitar semula atau terus dibuang.

Apa yang pasti, buangkan semua bekas-bekas plastik lama yang mempunyai kesan calar.

Pilihlah untuk menggunakan bekas kaca atau bekas keluli tahan karat (stainless steel) untuk menyimpan makanan.

Ia adalah pilihan yang lebih selamat dan bekas-bekas ini boleh diguna semula berkali-kali.

Setiap kali anda bercadang untuk menggunakan semula mana-mana bekas atau botol plastik, pastikan anda periksa dahulu kod plastik atau nombor identifikasi plastiknya.

Jangan sesekali menggunakan bekas plastik terlalu lama. Seeloknya, selepas 2 kali guna, anda boleh tukar kepada yang baru.

Untuk pembuatan produk kosmetik berasaskan plastik, dapatkan khidmat nasihat daripada pengilang. Mereka dapat membantu anda untuk mendapatkan botol/bekas kosmetik yang mengikut citarasa anda dengan harga yang menarik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *