Borong China: Panduan Lengkap Untuk Bermula

borong china

Hampir 88% barangan borong China yang boleh diusahakan untuk dipasarkan di Malaysia. 

Ada banyak sebab kenapa ramai yang suka melakukan aktiviti borong China ini. Antaranya adalah kerana harga barang yang murah. Terdapat pelbagai jenis barang baru yang boleh dijual di Malaysia seperti kasut sukan, beg, baju dan seluar serta banyak lagi.

Aktiviti borong dari negara ini mula menjadi trend masa kini. Disebabkan itu, ramailah rakyat Malaysia yang suka melancong ke negara China. Pada masa yang sama, mereka akan borong barangan China untuk dijual di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa panduan daripada https://botolanggun.com.my/ yang anda boleh ikuti untuk melakukakan memborong produk dari China.

Borong secara online

 

1.Alibaba.com

 

alibaba

 

Anda tidak perlu bersusah payah untuk ke negara China semata-mata untuk memborong barangan China kerana anda boleh dapatkannya secara online.

Apa yang anda perlukan hanyalah laptop dan capaian Internet untuk membuat pembelian barang di atas talian.

Antara laman web yang boleh dipercayai adalah www.alibaba.com. Ia merupakan laman web dikenali dan dipercayai di China. Pengasasnya merupakan seorang billionaire terkenal iaitu Jack Ma.

Apa yang pasti, melalui laman web ini, anda boleh dapatkan harga berkali ganda murah berbanding harga di pasaran biasa dengan syarat anda perlu membeli dengan kuantiti yang banyak.

 

2. Taobao.com

 

taobao china

 

Sama seperti Alibaba.com, Taobao.com juga memberikan servis yang sama.

Anda berpeluang untuk melakukan aktiviti borong China untuk menjual. Apa yang lebih menarik lagi adalah di Taobao.com anda boleh membeli barang dengan harga borong walaupun dalam kuantiti yang sikit.

Jadi, kalau anda tidak ada niat untuk berniaga tetapi anda lebih kepada penggunaan harian sendiri sahaja, anda bolehlah membeli barangan China dengan harga borong di Taobao.com.

 

3. Tmall.com

 

small

 

Kalau anda seorang yang suka barang berjenama dengan harga yang murah, di Tmall.com mungkin menjadi tempat favourite anda selepas ini.

Segala jenis barang berjenama ada dijual di Tmall.com dan apa yang pasti harga yang diberikan berkali ganda murah daripada harga yang sebenar.

 

Trip borong China

 

Mungkin tidak semua orang menyukai pembelian secara online. Tambahan pula, pembelian secara borong ini mempunyai risiko yang tinggi dari segi kualiti barang, kuantiti barang dan jugak keaslian barang. Jadi, ada di antara anda lebih menyukai untuk borong China dengan cara pergi sendiri ke China.

Ianya dikenali sebagai trip borong China. Trip ini boleh dilakukan dan secara praktikalnya. Ianya juga bagus bagi memastikan mutu kualiti barang itu terjamin.

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dititik beratkan antaranya adalah:

 

  • Lokasi borong China

Ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan ramai dalam aktiviti borong China adalah di Guangzhou.

Di sini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis barangan borong antaranya barangan wanita, barang lelaki, gadget dan telefom bimbit serta pelbagai lagi.

  • Penghantaran barang

Anda boleh menggunakan khidmat penghantaran melalui perkhidmatan kargo daripada China ke Malaysia.

Ianya boleh dilakukan melalui dua cara iaitu laut dan udara. Akan berlaku perbezaan harga kargo d iantara laut dan udara ini serta tempoh waktu untuk barang sampai.

  • Pembayaran barang

Selalunya, pembayaran barang ini boleh dilakukan di beberapa tempat. Anda hanya perlu bayar duit lebihan sahaja kerana semasa di China, anda telah membayar wang deposit kepada pemborong.

Terdapat sistem pembayaran yang mudah seperti wechat payment atau transfer bank remittance.

 

Semoga anda mendapat input yang membantu dalam panduan borong China ini. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan botol plastik dan bekas plastik kosmetik secara borong, hubungi kami melalui link ini dan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *