Panduan ini mengandungi segalanya tentang cara memulakan perniagaan.
Sekiranya anda mahu mengetahui cara memulakan perniagaan dengan jayanya, anda berada di tempat yang betul.
Teruskan membaca sehingga tamat.
Kenapa Perlu Memulakan Perniagaan?
Ramai anak muda kini memulakan langkah ke hadapan dengan berniaga.
Ramai yang percaya bahawa ada pelbagai cara memulakan perniagaan.
Apa yang penting adalah seseorang itu perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.
Tidak kira apa saja jenis perniagaan, sememangnya anda memerlukan modal untuk bermula.
Atas sebab itulah, maka ramai yang memberikan alasan tak ada duit modal.
Akhirnya, mereka masih tidak memulakan perniagaan sampai sekarang.
Namun begitu, ada kalanya anda boleh juga memulakan perniagaan tanpa perlu ada duit.
Buat anda yang ingin memulakan perniagaan, mulakan segera.
Anda tidak seharusnya bertangguh lama sebelum segala perancangan hanya menjadi sekadar angan-angan.
Berikut merupakan beberapa cara memulakan perniagaan bagi anda yang masih baru.
6 Cara Memulakan Perniagaan
1.Buat Part Time
Untuk “set-up” bisnes, anda tak perlu berhenti kerja sepenuh masa.
Anda masih boleh gunakan waktu malam atau hujung minggu untuk buat bisnes.
Dengan cara memulakan perniagaan secara separuh masa, ia dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman kepada anda dalam dunia perniagaan.
2. Mula jual barang tidak diguna
Mungkin anda masih tak dapat kenal pasti apa kemahiran yang ada yang boleh ditawarkan pada orang lain.
Terdapat satu cara memulakan perniagaan yang lebih mudah iaitu dengan menjual barang anda yang sudah tidak diguna lagi.
Ia dapat membantu anda mendapatkan rentak di dalam dunia perniagaan.
Terdapat pelbagai cara untuk menjual barang yang kita tak mahu guna lagi. Gunakan platform online seperti Carousell, Mudah.com, Shoppee dan banyak lagi.
3. Mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Sudah menjadi kewajipan setiap individu yang menjalankan perniagaan untuk mendaftar perniagaan mereka.
Daftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSMSSM.
Ini membolehkan anda buat bisnes dengan sah dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. Daftar sebagai ejen produk atau dropship
Nak start berniaga dengan cepat? Ceburi bisnes sebagai ejen atau dropship.
Cara perniagaan ini tidak memerlukan anda mengeluarkan modal sendiri.
Anda tidak perlu menyimpan stok malah urusan penghantaran barang juga dilakukan oleh vendor.
Keuntungan adalah di antara 30-40% untuk setiap produk.
Carilah vendor yang memberikan komisyen yang berpatutan.
Pastikan vendor juga menyediakan bahan marketing untuk anda bermula.
5. Jadikan Hobi Sebagai Perniagaan Anda
Perniagaan boleh menjadi seronok jika anda menjadikan hobi sebagai perniagaan anda.
Cara memulakan perniagaan ini dapat menjadikan perniagaan anda lebih produktif dan efektif.
Bidang seperti penulisan dan rekaan grafik sering menjadi pilihan.
Sekiranya anda seorang yang kreatif, bidang ini adalah sesuai untuk anda.
6. Mulakan perniagaan dengan apa yang anda miliki
Anda tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang jutawan untuk memulakan perniagaan sendiri.
Terdapat pelbagai peluang dan pilihan yang boleh anda pilih. Lihat pada apa yang anda ada sekarang.
Anda mahir dalam sesuatu skil? Jadikan ia sebagai bisnes.
Anda ada kepakaran dalam sesuatu perkara yang diperlukan oleh orang lain? Terus tawarkan kepakaran anda itu.
Ada masalah di sekeliling anda dan anda ada penyelesaiannya? Itulah bisnes anda!
Cara memulakan perniagaan adalah mudah sekiranya anda tahu caranya.
Jika anda mahu menyahut cabaran ini, inilah masanya.
Namun sekiranya anda hanya baca sahaja cara memulakan perniagaan ini tetap tiada gunanya.
Anda perlu melakukan tindakan yang bijak dengan memulakan tindakan segera untuk memulakan perniagaan anda.
Jika anda sedang mencari pembekal botol plastik yang berkualiti dan ingin mendapatkan nasihat berkaitan dengan packaging menarik bagi produk anda, sila layari website mereka hari ini.
Pingback: 9 Cara Memulakan Perniagaan (Walaupun Anda Masih Baru)
Macam kalu kita x tahu nk berbuat apa walau kita dh ambik produk tuh. Maaf tanya sebab sy x berapa tahu sangat tentang tuh. Sy berniaga sebab mak saya ☺️