Tahukah anda bahawa setiap label makanan yang terdapat di bungkusan makanan mempunyai makna yang tersembunyi dan begitu penting untuk diketahui?
Ketika membeli produk makanan di pasaraya atau di kedai runcit, ramai yang terlepas pandang untuk melihat label makanan yang tertera di produk tersebut.
Tahukah anda bahawa setiap label pada makanan mempunyai makna yang tersembunyi dan begitu penting untuk diketahui.
Setiap negara mempunyai perbezaan di dalam label makanan.
Bagi produk makanan Malaysia, ianya mempunyai format tersendiri yang telah dibuat oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ianya telah termaktub di dalam undang-undang negara di mana ianya perlu diikuti oleh syarikat pengeluaran.
Disebabkan itu, apa yang perlu ada di label makanan bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan.
Ia juga membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak melalui maklumat yang tertera di dalamnya dengan betul.
Maklumat Pada Label
Jika anda perhatikan dengan teliti, di setiap label perlu mempunyai beberapa maklumat yang perlu dimasukkan.
Di antaranya adalah:
- Panel maklumat makanan,
- Akuan pemakanan,
- Senarai ramuan,
- Penandaan tarikh dan
- Informasi mengenai pengilang atau pengeluar.
Antara tujuan perlu diletakkan label makanan bagi setiap produk makanan adalah untuk:
- menyampaikan maklumat kandungan dan nutrisi makanan kepada pengguna sama ada ianya bersesuaian dengan pengguna ataupun tidak.
- Selain itu, ianya dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan bijak sebelum membeli.
Jika di luar negara seperti di United Kingdom, label pada makanan amat dititkberatkan.
Ini kerana penduduk di United Kingdom lebih teliti dengan produk makanan yang mereka akan ambil.
Produk tenusu, vegetarian, vegan, organik atau bukan organik dan perkara sebegini diambil kira.
Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh anda ikuti tentang maklumat pada label makanan Malaysia.
1.Bijirin penuh
Suka bijirin penuh?
Produk makanan yang mengandungi kandungan bijirin sepenuhnya atau menghampiri 100% peratus kandungan.
Ianya sering terdapat di setiap produk makanan untuk sarapan pagi.
2. Organik
Jika anda seorang yang menjaga pemakanan anda sehingga ke tahap terbaik, perkataan organik ini akan menjadi perkara penting buat anda.
Label makanan organik ini menunjukkan bahawa produk makanan tersebut terlindung daripada sebarang racun serangga.
3. Produk segar
Label makanan produk segar sering terdapat pada sayuran, buah-buahan.
Makanan mentah adalah seperti ikan, daging dan ayam.
Jika terdapat label produk segar ini, sudah pastinya produk makanan tersebut dijaga rapi dan segar untuk dimakan.
4. Logo lebih sihat (HCL)
Pelbagai produk makanan mempunyai logo yang menggambarkan ia pilihan lebih sihat dalam kategori produk yang sama.
Produk yang menunjukkan Logo (HCL) memenuhi kriteria tertentu yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi, ianya diklasifikasikan sebagai pilihan makanan sihat.
Sebagai contoh, terdapat dua jenis kek daripada jenama yang berbeza.
Jenama A mempunyai logo HCL manakala jenama B tidak mempunyai logo HCL.
Ini bermakna produk yang mempunyai logo HCL lebih sihat untuk dimakan kerana kandungan nutrien yang digunakan bersesuaian dengan tahap KKM.
5. Tenaga dalam makanan (FOP)
Pelabelan FOP untuk tenaga adalah petunjuk kandungan kalori (dalam kcal) yang terdapat dalam satu hidangan produk makanan.
Kalori dinyatakan dalam bentuk ‘Tenaga’.
Jika ada label makanan berkaitan dengan tenaga, ianya membantu pengguna untuk menjalani diet yang seimbang.
Kepentingan Maklumat Nutrisi Makanan
Penyampaian maklumat nutrisi makanan melalui label makanan merupakan salah satu platform dan strategi yang boleh digunakan untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak.
Ianya meliputi pelbagai aspek kehidupan di mana pengguna diberikan hak memilih sebelum membeli produk makanan tersebut.
Anda ingin menjadi pengeluar makanan yang mengikuti piawaian pihak Kementerian kesihatan Malaysia?
Dapatkan sticker dan label yang berkualiti tinggi dengan harga yang menarik untuk produk anda.