Edit Content

Botol Anggun Sdn Bhd

Botol Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membekalkan bekas kaca dan plastik kepada pengusaha-pengusaha industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional serta menyediakan perkhidmatan mengisi dan membungkus (filling and packaging services). Syarikat ini ditubuhkan dengan sasaran terbabit secara langsung dalam pembekalan bekas kaca dan plastik untuk produk kosmetik dan makanan/minuman fungsional kepada pengilang OEM, pengusaha dan individu yang terlibat dalam industri kosmetik dan makanan/minuman fungsional dalam pasaran negara dan antarabangsa.

silk screen printing

Silk Screen Printing Malaysia Untuk Botol Produk

Penggunaan silk screen printing di Malaysia semakin popular digunakan di dalam industri percetakan dan pembungkusan produk. Ternyata ia menghasilkan kualiti percetakan yang terunggul.

Percetakan jenis silk screen printing ini telah diguna pakai lebih daripada 100 tahun lamanya di seluruh dunia. Ianya digunapakai bagi percetakan produk sama ada percetakan baju, tote bag, tiles, papan, kayu, bungkusan makananan dan permukaan seramik yang licin.

Untuk pengetahuan anda, kaedah percetakan ini mempunyai pelbagai jenis.

Ianya mengikut skop atau jenis produk yang akan dicetak. Antaranya adalah jenis Serigrafi untuk sektor grafik design dan Serigrafi untuk sektor seni dan percetakan tekstil.

Pencetakan silk screen merupakan salah satu teknik printing yang popular di negara kita.

Namun, masih ramai yang keliru untuk membuat keputusan memilih percetakan yang sesuai.

Ada yang ingin mencetak produk menggunakan teknik ini atau teknik lain seperti heat transfer ataupun sublimation.

 

Kelebihan Yang Tersendiri.

 

blok printing

 

Setiap percetakan mempunyai kelebihan tersendiri.

Terdapat kelebihan yang boleh didapati dengan silk screen printing. Antaranya adalah kos pengeluaran yang akan dikeluarkan lebih rendah berbanding jenis percetakan yang lain.

Selain itu, ianya lebih fokus kepada percetakan di dalam kuantiti yang besar.

Lebih banyak kuantiti yang hendak dicetak, lebih murah harga yang akan diberikan.

Kebanyakan pengeluar produk akan menggunakan silk screen untuk mencetak lebih daripada 10 produk.

Satu lagi kelebihan silk screen printing ini adalah ianya mampu bertahan dengan lebih lama berbanding percetakan yang lain.

Hal ini kerana komposisi serta ketebalan dakwat yang terhasil daripada percetakan ini memberikan kesan yang berkualiti tinggi terhadap setiap produk yang dicetak.

Tambahan pula, dengan menggunakan silk screen printing Malaysia ini dapat dihasilkan untuk pelbagai jenis fabrik kain.

Berbanding dengan kaedah-kaedah percetakan yang lain, silk screen boleh diaplikasikan ke atas semua jenis fabrik. Ia boleh dicetak ke atas fabrik cotton, jersey, viscose dan sebagainya. 

 

kedai cetak

 

Apa yang pasti, penggunaan warna di dalam silk screen printing memberi impak yang besar bagi setiap hasil percetakan yang terhasil.

Hal ini disebabkan setiap warna yang dikeluarkan perlu dilakukan satu per satu. Ia membuatkan imej percetakan kelihatan lebih asli di atas produk.

Namun, ia mengambil masa yang agak lama berbanding percetakan jenis yang lain. Tempoh masa yang diambil adalah di antara 2 ke 5 hari atau mungkin lebih mengikut kuantiti produk yang perlu dicetak.

 

Teknik Percetakan Untuk Menghasilkan Kualiti Yang Terbaik.

 

cetak potret

 

Pemprosesannya untuk penyediaan percetakan memakan masa yang sangat lama, bergantung kepada teknik yang digunakan pengusaha. 

Ini kerana kaedah silk screen printing supplies Malaysia ini dilakukan secara manual. Setiap warna akan dicetak secara berasingan bagi menghasilkan kualiti yang bagus.

Jadi, terdapat kelebihan dan kelemahan yang ada pada percetakan silk screen printing ini. Anda boleh berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Jika anda inginkan percetakan yang boleh dilakukan dalam kuantiti yang banyak, silk screen printing adalah pilihan yang terbaik buat produk anda.

Ingin dapatkan hasil cetakan yang terbaik buat produk anda?

Ketahui servis percetakan kami sekarang untuk dapatkan hasil cetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang terbaik.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart