1.Membaca maklumat pada label pembungkusan produk kosmetik
Pengguna hendaklah mengikut arahan atau cara penggunaan yang dikhususkan yang tertera pada label pembungkusan. Pengguna juga perlu peka dengan bahan yang terkandung dalam produk kosmetik agar dapat elakkan kesan yang tidak diingini
2.Sentiasa menyimpan produk kosmetik di tempat yang sesuai
Elakkan menyimpan produk di tempat yang panas kerana boleh menjejaskan tekstur dan aroma produk tersebut. Pengguna dinasihatkan tidak memindahkan produk kosmetik daripada bekas asal ke bekas yang lain selain bekas yang dikhaskan untuk produk tersebut kerana dikhuatiri kestabilan kimia produk akan terjejas
3.Membeli produk kosmetik melalui sumber yang boleh dipercayai
Sentiasa berwaspada dengan peniaga atas talian ataupun peniaga yang menjual di pasar malam dan kedai yang mana sumber dan kualiti produk yang dijual diragui. Berhati-hati walaupun produk dijual dengan harga yang murah dan dijanjikan kesan yang mujarab
4.Merujuk kepada profesional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf
Pengguna perlulah merujuk kepada profesional yang bertauliah yang pakar dengan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Sekiranya pengguna menghadapi masalah kulit yang serius, pengguna seharusnya merujuk kepadaa pakar kulit bukannya individu yang menjual produk yang diragui sumbernya.
5.Sentiasa berwaspada dengan iklan produk kosmetik
Pengguna dinasihatkan lebih realistik dalam dalam memilih produk kosmetik serta tidak mudah terpedaya dengan kesan yang drastik yang dijanjikan daripada iklan-iklan produk kosmetik
################################################
Sekiranya anda ingin mencari design botol serta packaging yang menarik, anda boleh mencuba produk keluaran Botol Anggun Sdn Bhd.
Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang membekalkan botol kaca dan plastik untuk produk kosmetik yang elegen. Kilang mereka beroperasi di Taman Industi Balakong Jaya, Seri Kembangan, Selangor.
Dengan kepakaran syarikat, pelanggan boleh mendapat khidmat nasihat tentang pilihan produk yang tepat pada harga yang menarik dengan minima tempahan yang rendah.